Showing posts with label Bahaya Wahhabi. Show all posts
Showing posts with label Bahaya Wahhabi. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Bila Memakai Jubah Dihina Dr Asri Namun Orang Yang Terang Membuka Aurat Tidak Ditegurnya ?

Oleh : A. Karim Omar

Dalam sesi pertama pada hari kedua Himpunan Ulama’, Cendikiawan Islam dan Penulis Maya di Seri Pacific, KL pagi tadi, Dr. Asri MAZA mengatakan bahawa kita jangan menjadi pelik. Sambil memberi contoh bahawa jika di majlis yang semua orang memakai baju batik jangan kita seorang pulak memakai jubah.
Sebaik sahaja ungkapan tersebut keluar dari mulut MAZA, seorang peserta yang berjubah dan berserban dilihat keluar dari dewan.
Ketika rehat, kami dekati peserta yang tidak kami kenali tersebut dan bertanyakan kenapa beliau keluar sebaik sahaja MAZA mengatakan sedemikian. Beliau berkata bahawa MAZA menghina orang yang memakai jubah.
Apakah ungkapan seperti ini yang harus diungkapkan oleh seorang yang dianggap banyak ilmunya dan dalam ceramah tersebut banyak mengatakan bahawa penulis maya tidak harus memprovoke dan semesti menjaga adab dalam penulisan mereka sedang dia sendiri tidak menjaga lidahnya.
Kenapa tidak MAZA mengguna contoh sebaliknya yakni, jangan kita jadi pelik dengan memakai baju batik dalam majlis yang semua orang berjubah. Lebih manis contoh sebegini.

Monday, August 1, 2011

Taklimat Majlis Keselamatan Negara Terdapat Dalang Yang Membocorkan Rahsia ?

Oleh : Ustaz Zamihan Al Ghari


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak diucapkan kepada semua umat Islam yang menunaikan kewajipan ibadat puasa dan ibadat selainya. Semoga dengan akidah dan ibadah yang sahih kita berhasil memperolehi ketaqwaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga  semangat perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus bersemarak dalam menentang kebatilan golongan pelampau agama.

Saya tidak terkejut dengan isu taklimat Fahaman yang Mengancam Keselamatan Negara yang dianjurkan MKN pada 25hb Julai lalu di Putrajaya. Ia tugasan rutin bagi MKN untuk membicarakan pelbagai isu keselamatan samada berbentuk fizikal atau intelektual. Taklimat rutin itu disampaikan oleh wakil PDRM dan al-Fadhil Us Dr Muhammad Uthman el-Muhammadiy. Semua para Mufti dan pegawai kanan Jabatan agama dijemput kecuali Perlis yang mana jemputannya dibatalkan pada saat2 akhir disebabkan beberapa komplikasi dalaman. Namun dalam diam, terdapat wakil perlis yang menyamar dan menyusup masuk dalam taklimat sulit berkenaan. 

Ada sumber dalaman memberitahu penulis bahawa wakil tersebut mendaftar namanya sebagai Dr Fadhilah. Tetapi wajahnya dipercayai mirip Dr Mohd Fadhlan Othman yang bertugas sebagai pensyarah dari Fakulti Pengajian al-Qur'an dan al-Sunnah UKM. Ada suara lain pula memberitahu saya. Ia memang Dr Fadhlan yang mewakili Mufti Perlis. Jika benar..timbul persoalan kepada kita..untuk apa beliau hadir sedangkan beliau tidak dijemput? Beliau juga bukan kakitangan dari Perlis. Sebaliknya beliau salah seorang dari kalangan 40 ulamak muda UMNO yg dibangkitkan dlm taklimat berkenaan. Manakala Mufti perlis juga dibatalkan jemputannya. Justeru, tidak hairan jika taklimat sulit ini mudah dibocorkan.

Pihak JAKIM juga turut menghantar wakil iaitu Us Mohd Aizam Mas'od. Tetapi tidak jelas samada ia wakil rasmi atau atas kapasiti peribadi. Kedua-dua wakil ini dikatakan bergegas pulang selepas taklimat berkenaan. Sejam kemudian taklimat berkenaan disiarkan oleh laman malaysiakini dan laman media yang lainnya. Sehingga mengundang campurtangan ahli politik.

Isu ini mirip taklimat keselamatan yang pernah disampaikan oleh tuan blog di Pan Pacific Hotel pada tahun 2009 yang lalu. Apabila pembentangan dibuat secara terbuka.. semua hadirin mendiamkan diri dan bersetuju. Tetapi apabila tamat pembentangan ada pihak lain yang cepat2 membocorkan taklimat berkenaan.Saya tidak menuduh sesiapa yang membocorkannya tetapi kita harus tahu kronologinya.

Bagi saya, kes ini berlaku secara berulang disebabkan beberapa faktor. Antaranya :

1) Wujud orang dalam sendiri yang membocorkan taklimat berkenaan. Samada dari pegawai MKN sendiri atau dari tetamu tidak diundang atau peserta jemputan. Pihak berkuasa perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kerana ada org dalam cuba  'memanaskan' isu sebenarnya

2) Acapkali bila kita menyentuh fahaman pelampau Wahhabiy atau Syiah ada je ahli politik yang campurtangan. Ia menjustifikasikan kepada kita bahawa pemikiran jenis ini sudah mempengaruhi ahli politik.

3) Mengapa ada pihak yang melenting bila kita membicarakan tentang fahaman pelampau Wahhabiy? Sedangkan kita tidak mengaitkan mereka pun. Di Arab Saudi sendiri ramai pelampau agama yang ditangkap. Begitu juga di blok Eeropah atau Amerika. Pihak keselamatan mereka bertindak atas kapasiti BOLEH menggugat keselamatan negara. Bukan semata-mata fahaman Wahhabiy. Jadi ia adalah satu tindakan yang biasa dilakukan oleh mana-mana pihak keselamatan negara.

4) Dalam kes menangani keganasan ia sebenarnya berasaskan kepada fahaman dan pemikiran. Pemikiran ekstremis dan radikal perlu dikenalpasti dan dineutralkan supaya ia tidak mencecah tahap terroris. Jadi, isu ini memerlukan pemahaman dan tindakan semua pihak. Iaitu pihak keselamatan, pihak berkuasa agama dan para Mufti serta para alim ulamak. Ia soal dalaman. Bukannya isu umum yang perlu dihebahkan kepada masyarakat. Jadi tindakan Mufti Perlis yang mahukan isu ini dihebahkan kepada masyarakat awam menampakkan sedikit ketidak-cerdikan yang ada padanya.

5) Apa hak Mufti Perlis untuk mencabar Dr Muhammad Uthman el-Muhammadiy untuk berdebat. Sedangkan penganjurnya adalah MKN. Dr Uthman hanya penceramah jemputan yang membentangkan tentang pemikiran pelampau sahaja. Beliau tidak menyebutpun nama individu tertentu. Maklumat ini juga boleh dipertanyakan melalui 2 wakil di atas tadi. Bagi saya, ajkan untuk berdebat hanya menyerlahkan suhu 'kepanasan' yang ada pada dirinya sendiri. Dan beliau dilihat kurang beradab dengan tokoh ulamak kita dan tidak beradab dgn orang yg lebih tua darinya. Sepatutnya Dr Juanda berdebat atau berdialog dgn MKN atau pihak PDRM sebagai penganjur. Bukannya dengan penceramah jemputan.

6) Layakkah Dr Juanda yang berkelulusan Phd Keluarga Islam utk berdebat dgn pakar pemikiran Islam dan pensyarah ISTAC-UIAM dan pengkaji pemikiran Wahhabiy lebih 20 tahun. Kalau dengan Us Zamihan..Insya Allah, ana sedia menunggu jemputan dari enta. Atau ana sendiri yang menjemputnya? Jika berminat sila hubungi ana : 012 246 5518. Atau emailkan sahaja :
alsalafi76@yahoo.com

7) Pandangan YDP Persatuan Ulamak yg mendakwa : mengaitkan Wahhabiuy dgn keganasan umpama langit dgn bumi sebenarnya tidak mempunyai fakta yang kukuh. Tiada kajian dan tidak ada kesudian untuk melakukan kajian. Bahkan lebih bersifat simpatisme politik. Saya akan buktikan terdapat beratus kitab karangan ulamak muktabar yang menjelaskan penyelewengan fahaman Wahhabiy. Saya akan datang kepada anda atau kepada sesiapa sahaja yang berminat dgn kitab-kitab rujukan berkenaan. Insya Allah. Maa salamah. Wa syukran.

Sumber : http://www.facebook.com/notes/ustaz-zamihan-al-ghari/mengapa-harus-melenting/141455869272976

Saturday, February 26, 2011

Bukti Albani Palsukan dan Mendha’ifkan Kitab Hadits Imam Bukhari




Berikut ini adalah teks asli yang mengantar posting Videonya. Ada bahasa Indonesianya yang kami terjemahkan dari teks berbahasa inggris di bawah ini. Lihat di bawah  untuk Bahasa Indonesianya….   
A prominent scholar of the Salafi sect tamers with Imam Bukhari’s book Adab Mufrad in order to promote his sect.
Its strange that these people claim to be followers of the quran and sunnah and specifically the followers of the madhab of imam bukhari but when imam bukhari or any other scholar writes something which they dont agree with the salafi scholars just simply delete the text as well the ahadith just so that they dont get themselves into trouble.
These are the two-face standards.
may allah give the salafis hidayah and bring them back onto the straight path the true path of ahlus sunnah wal jamah the majority of the ummah. Amin….
( Seorang ‘pentolan’ terkemuka dari aliran  Salafi memalsukan buku imam  Bukhari Adab Mufrad agar aliran agamanya bisa berkembang.
Ini aneh bahwa orang-orang ini mengklaim pengikut dari Qur’an dan sunnah dan secara khusus mengaku debagai pengikut dari mazhab (muhaddits) Imam Bukhari tapi ketika Imam Bukhari atau ahli selain Salafy menulis apa-apa yang  mereka tidak setuju, maka sederhana saja pentolan salafi hanya menghapus teks hadits-hadits agar cocok persis dengan kemauannya, supaya tidak mendapatkan diri mereka sendiri ke dalam problem yang mengganggu dalam dakwahnya.
Ini adalah standar ganda khas mereka.
Semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada salafis dan membimbing mereka kembali ke atas jalan yang lurus dan  benar dari ahlus sunnah wal jama’ah yang dianut mayoritas dari ummat ini. amin…. )
Syaikhul Islam DR. Muhammad Tahir Qadri menjelaskan kecurangan Wahabi (salafy palsu) dan ‘kenakalan’ Syaikh Albani  Wahabi. Beliau menjelaskan dan membuktikan bahwa Albani telah memalsukan kitab adabul mufrad Imam Bukhari dengan:
membuang hadis-hadis yang tidak sesuai denagn nafsunya
mendhaifkan hadis-hadis yang telah dishahihkan Imam Bukhari, dsb….

Monday, August 23, 2010

MUFTI PERLIS (Dr Juanda Jaya) TOLONG JANGAN BUAT FITNAH!

Komen Artikel 'Semangat 1Malaysia dikhianati agensi agama?

Saya tertarik dengan posting Dr Juanda Jaya dalam Harakahdaily pada Ogos 2010 berkaitan dengan artikel Dato' Nakhaei Ahmad mengenai Wahhabi dalam Milenia Muslim, Ogos 2010. Lebih-lebih lagi Dato' Nakhaie ada mengaitkan dengan Negeri Perlis. Secara peribadi, saya mempunyai ramai sahabat-sahabat di Perlis dan Perlis adalah jiran kami di Changlun ini. Jadi, Perlis amat rapat dengan saya. Secara pengamatan, sebenarnya masih ramai masyarakat Islam Perlis yang pengamalannya sebagaimana majoriti umat iaitu bertaklid kepada imam-imam mazhab yang muktabar. Manakala sebahagiannya pula, bertaklid kepada penghuraian Mufti dan ustaz-ustaz yang sealiran dengannya. Selamat membaca artikel di bawah dan komen saya yang berwarna kuning.

SEMANGAT 1MALAYSIA DIKHIANATI AGENSI AGAMA ?
Dr Juanda Jaya


Sewaktu sambutan Ramadan 2010 baru-baru ini, rakyat negeri Perlis digemparkan oleh satu tulisan pada halaman 52-54 Edisi Ogos Majalah Milenia Muslim. Tulisan ini diisi dengan tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri ini.

(Komen Dr Asmadi: Perlis terpaksa membayar harga yang tinggi kerana pernah melantik orang yang berfahaman agak taksub dan membawa perpecahan umat di seluruh Malaysia. Sekarang Dr Juanda terpaksa membetulkannya)
Hal ini timbul setelah sebelumnya suatu Seminar Pemikiran Islam diadakan di sebuah Akademi Pengajian Islam Universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis yang telah dirasmikan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk. Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam.

(Dr Asmadi: Mufti tidak sepatutnya melontarkan fitnah itu terhadap seminar yang dimaksudkan tersebut. Seorang Mufti sepatutnya memeriksa 'perkhabaran' yang didengar dengan lebih berhati-hati. Pastikan berita tu betul ke tidak. Lebih-lebih lagi, sebahagian masyarakat Perlis dah putuskan hubungan dengan imam-imam mazhab, maka Muftilah tempat taklidnya. Kalau mufti tidak cermat, amat membahayakan masyarakat sebab masyarakat akan terima bulat-bulat sebab dikatakan mengikut sunnah.
Saya hadir seminar tersebut dan saya tidak mendengar pun nama Kerajaan Negeri Perlis disebut atau diperkecilkan. Kemudian, bila pula seminar tersebut memuji Gerakan Ahbash? Pembentangnya pun yang membuat kajian pada gerakan Ahbash, mengkritik gerakan tersebut di sudut 'keekstreman' pada sesuatu isu! Pembentang-pembentang yang berfikrah Ahbash, kalau mengikut kata penganjur, bukannya pembentang jemputan tetapi mereka yang menghantar kertas untuk dibentangkan (call for paper) dan datang atas tambang sendiri. Justeru, Mufti kena lebih berhati-hati bila dah sanggup jadi Mufti).

Majalah Milenia dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan. Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara. Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri. Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

(Dr Asmadi: Saya dapat melihat Dr Juanda baru merasa kesan penulisan majalah. Cuma beliau mungkin lupa, beliau juga pernah menulis bersama-sama rakan-rakan sealiran dengannya dalam majalah yang mendokongnya melontarkan tuduhan serupa pada pihak lain. Dan kini, semacam suatu kebangkitan yang dilakukan oleh orang-orang agama untuk menolak 'aliran' yang dibawa oleh Dr Juanda dengan dinyatakan hujah-hujah kebatilan aliran baru ini). 


Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri ini. Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.


Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa penulis artikel ini beriya-iya benar cuba memalitkan negeri yang permai lagi mempesona ini dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh DYMM Tuanku Raja Pemerintah negeri Perlis, Ketua Agama Islam negeri Perlis. Yang terkini ialah titah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sewaktu majlis berbuka puasa Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Baitulmal Perlis dan Jawatankuasa Pelaburan Baitulmal Perlis pada 15 Ogos 2010 yang lalu yang menafikan kaitan negeri ini dengan “Wahabi” dan segala tuduhan liar yang menyatakan negeri ini menolak mazhab dan sebagainya. Utusan Malaysia 16 Ogos 2010 turut memetik titah ini kemudiannya.

(Dr Asmadi: Saya bersetuju supaya Perlis tidak dikaitkan dengan Wahhabi. Biarlah penentangan terhadap Wahhabi diteruskan tetapi tidak dikaitkan dengan Perlis).

DYMM Tuanku Raja Perlis sering meminta agar pihak yang keliru dengan pengamalan Islam di Perlis agar datang sendiri ke negeri ini bagi melihat amalan Islam di sini. Bahkan baginda menitahkan agar sesiapa yang meragui amalan di sini untuk membawakan hujah menurut al-Quran dan al-Sunnah bagi membuktikan bahawa amalan ini bertentangan dengan Islam. Namun hingga kini tuduhan liar sahaja yang dilemparkan dan tiada hujah akademik yang konkrit bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah yang dikemukakan.

(Dr Asmadi: Cadangan saya, mungkin Perlis perlu mempelbagaikan ahli Majlis agamanya untuk memastikan mereka benar-benar menepati al-Quran dan Sunnah. Kena panggil balik beberapa tokoh-tokoh agamanya dari negerinya sendiri seperti Dato Dr Haron Din, Dato' Hasan Din al-Hafiz supaya setiap keputusan dapat diperiksa ketepatannya oleh pakar-pakar yang juga mengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi mempunyai penghuraian yang berbeza. Mengimport tokoh-tokoh luar yang sealiran, BUKAN JALANnya untuk mendakwa menegakkan al-Sunnah).

Perlis menghormati pandangan semua mazhab. Apa yang diamalkan adalah ia tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan bertindak memilih amalan yang didapati menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah serta tafsiran para sahabat dan ulama Salafussoleh. Ini dilakukan kerana ia diyakini lebih hampir kepada kebenaran dan ketepatan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebenarnya turut dipraktikkan di negeri-negeri lain yang dikatakan mengikut mazhab tertentu yang sebenarnya turut sama memilih pandangan mazhab lain dalam banyak hal apabila didapati pandangan mazhab mereka sendiri kurang menepati kesahihan dalil syarak.


Perlis sudah membuktikan ia amat dinamik dan progresif dalam pengalaman Islamnya. Negeri ini sentiasa berusaha mencari solusi menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam menawarkan penyelesaian isu-isu agama. Lantaran itulah pandangan agama dari negeri ini sering dijadikan rujukan oleh umat Islam seluruh Negara dan sebahagian besar amalan negeri ini dapat diterima di tempat lain secara meluas. Amalan yang bersandarkan nas al-Quran, al-Sunnah dan amalan para sahabat dan Salafussoleh sudah pasti menjadi tarikan kepada umat Islam mengikutinya kerana ia berasaskan dalil dan fakta yang sahih. Inilah rahmat dan hasil pembangunan pendidikan pada semua peringkat di Negara ini.


Apa yang menyedihkan ialah, pada saat kesatuan Negara semakin diperkukuhkan oleh slogan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh Kerajaan Persekutuan, namun masih wujud beberapa agensi agama di peringkat pusat yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan. Sedangkan hak setiap negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah wajar suatu pihak dalam agensi kerajaan mencanangkan seruan dan ajakan untuk menentang sebuah negeri yang berada dalam Persekutuan dan menuduh serta menghasut bahawa tindakan dan amalan keagamaan negeri itu adalah salah dan mesti ditentang? Apakah tindakan seperti ini tidak wajar untuk disiasat menurut Akta Hasutan? Atau apakah ini suatu bentuk Perlembagaan baru yang mahu diwujudkan oleh mereka yang bencikan kedamaian Negara ini?


Saya menyeru kepada pihak berwajib agama di peringkat persekutuan agar mengambil tindakan terhadap suara-suara ganjil yang anti perpaduan ini dan sentiasa mahu menghasut rakyat untuk berpecah belah. Saya juga meminta pihak keselamatan menyiasat dalang di sebalik tulisan jahat dalam majalah yang ada kaitan dengan agensi kerajaan ini memandangkan majalah ini disebarkan secara percuma dan meluas di seluruh Negara terutama di premis-premis berkaitan dengan agama Islam.


Semoga Allah terus memberi petunjuk kepada umat Islam Negara ini agar terus beramal menurut al-Quran dan al-Sunnah dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya yang berkekalan untuk Negara ini dan memelihara Negara ini daripada anasir perosak dan pemecah belah kesatuan dan perpaduan rakyat.

Dr Juanda Jaya,
Kangar, 19 Ogos 2010.

(Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.phpoption=com_content&view=article&id=28251:semangat-1malaysia-dikhianati-agensi-agama&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46)

Thursday, March 11, 2010

Pro Wahhabi Yang Ingin Membersihkan Nama Wahhabi ?



Terbaharu terdapat satu seminar (lihat pemplet di atas) yang ingin dibawakan oleh mereka yang membawa fahaman wahhabi dengan menjemput antaranya Ketua Polis Negara dan jemputan lain kononnya dengan tajuk yang cantik iaitu ISLAM MEMERANGI TERRORISME. Tetapi awas - siapakah yang di sebalik panelis yang membentang kertas kerja di dalam seminar ini ?

Jika di lihat panelis yang akan membentangkan kertas kerja adalah Rasul Dahri sendiri. Namun kita tidak lupa, Rasul Dahri inilah yang mempromosikan manhaj wahhabi dengan hukuman iaitu MENGKAFIRKAN Golongan ASYA'IRAH yang terdiri dari majoriti umat Islam di Malaysia. Bahkan fatwanya menghukum sesat kepada Ikhwanul Muslimin.

Bukti beliau mengkafirkan golongan Asya'irah :



Lihat tulisan yang digariskan di dalam kandungan yang ditulis oleh Rasul Dahri ini :





Nyatalah Rasul Dahri menyebut golongan Asya'iroh yang terdiri dari umat Islam yang mengikut imam Abu Hasan al Asy'ari  kekal di dalam neraka. Sedangkan sudah sedia maklum keterkekalan di dalam neraka hanya untuk orang-orang kafir musyrik. Dr Yusof al Qardhawi (penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijrah) sendiri menegaskan agar umat Islam di Malaysia menjaga negara kita dari pemikiran luar yang ingin memecahbelahkan umat Islam :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

Panel seterusnya iaitu Dr Azwira Abdul Aziz di dalam artikelnya mengenai Selawat Syifa' (dengan menolak total penjelasan dari Ulamak yang membenarkannya) cuba menyangkut pautkan selawat syifa' dengan hukuman SYIRIK. Lihat komentar yang diberikan oleh pendokong Dr Azwira Abdul Aziz di bawah kertas kerjanya bertajuk : Selawat Syifa' Satu Penilaian Semula

Sekiranya dilihat pengikut-pengikut Wahhabi Salafi di Malaysia yang menulis di dalam blog, jangan terkejut hukuman sesat bermain dalam tulisan mereka bersandarkan kepada Ulamak Saudi :

Buktinya :


1. Blog ini didapati membawa fahaman wahhabi salafi yang keras. Bahkan menghukum ahlu sufi sebagai sesat secara total. Rujuk :
[url]
http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/10/lagi-lagi-berkenaan-nyanyian-dan-muzik.html[/url]

2. Menghukum Jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai beraqidah kufur secara total. :

http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/02/apabila-al-ikhwan-al-muslimun-membuka.html



Blog ini ada dilinkkan oleh empunya blog MUWAHHIDUN di atas.

Menghukum sesat kepada majoriti Ulamak dan Umat Islam yang mengikut aliran asya'iroh di Malaysia dan seluruh dunia.

Rujuk : http://wahabiah.blogspot.com/2008/11/berhati-hati-terhadap-beberapa-fahaman.html

Ini perkataannya :


Banyak di antara penyimpangan-penyimpangan tersebut dilakukan oleh pembuat bid'ah untuk mempertahankan hujah-hujah palsu mereka dengan memperkenalkan faham-faham tertentu.

Kebanyakan siswazah dari universiti-universiti yang ada di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam pada masa kita sekarang ini, telah terpengaruh oleh guru-guru mereka yang berpegang pada fahaman Mu'tazilah, Asy'ariyah atau Maturidiyah dalam konsep 'aqidah dan manhaj


Blog ini kepunyaan seorang pelajar UITM iaitu Nawawi Subandi (nick di TKO - DREAMKILLER) berfahaman wahhabi salafi. Pernah menghukum Imam an Nawawi dan Imam Ibnu Hajar terkeluar dari Ahlu Sunnah Wal jama'ah.

Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya)

Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah

1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Pendapat ekstrimnya ialah mengatakan selawat syifa' dan nariyyah itu syirik. Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. (dalam radio IKIM.FM, bahkan kumpulan Nasyid Hijjaz juga mengalunkan selawat ini. Ramai umat Islam mengamalkannya)

Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus : SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

Selawat Syifa


 
Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz:

“Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.

(Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Sila rujuk laman blog ini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/050-bahaya-pemikiran-hasan-al-banna-di.html



P/s : Mengapa dalam seminar ini Dr Asri juga menyertainya ? Tajuk seminar yang dibawakan amat cantik dan sedap didengar, namun siapakah panelis yang membentangkan ? Apakah fahaman yang dibawa mereka ?

Tuesday, November 10, 2009

Jangan Lupa! Dr Asri Pun Pernah Menghalang Ulamak Dari Memberi Ceramah Di Perlis.

Saya membaca tulisan penuh emosi dari Dr Asri melalui wawancara beliau di dalam Harian Kosmo. Beliau menyatakan begini :

“Soal tauliah sepatutnya tidak timbul. Bagi saya ia adalah perkara yang pelik. Saya adalah seorang bekas mutfi, saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian agama Islam, malah saya turut mengajar pelajar-pelajar sarjana dan kedoktoran di universiti awam, tiba-tiba saya dikatakan tidak ada tauliah. Adakah saya, seorang ahli akademik dan bekas mufti perlu minta sedekah untuk tauliah ini?

“Kalau saya pohon tauliah sekalipun, adakah JAIS akan menganugerahkannya kepada saya, sedangkan sewaktu saya bergelar Mufti Pelis, saya adalah satu-satunya mutfi yang tidak dibenar memberi ceramah, kuliah dan mengajar di Selangor.

Sudah dinyatakan, di dalam mana-mana negeri pun ada pentauliahan untuk mengajar. Sekiranya Dr Asri tidak bermasalah dalam mengajar dan memberi kuliah, sudah tentu pihak Jabatan Agama Islam Negeri pun akan membenarkan dengan mudah dan tidak ragu-ragu untuk memberi keizinan di mana-mana sahaja untuk mengajar. Namun nampaknya Mufti Pahang pun tidak membenarkan Dr Asri untuk mengajar di sana kerana didapati membawa fahaman yang mengelirukan. Cuba lihat kenyataan Mufti Pahang mengenainya :

Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

“Kita tidak mahu masyarakat terkeliru dengan ceramah yang disampaikan mengenai amalan-amalan sunat yang sering dilakukan sebelum ini dan beliau seharusnya menghormati amalan yang diamalkan setiap negeri,”





Jika seorang mufti yang bercakap tentunya kita akan mempertikaikan, tetapi Mufti Johor juga bersetuju dalam soal pentauliahan seolah-olah dapat 'menghidu' ada fahaman lain yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan umat Islam yang hendak dikembangkan :

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menegaskan, setiap penceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk menyampaikan ceramah di negeri ini.

Beliau berkata, ia adalah peraturan yang wajib dipatuhi bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak bercanggah daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selain itu, katanya, peraturan itu bukan untuk menyekat mana-mana aktiviti dakwah, sebaliknya bagi membendung sebarang usaha untuk mengembangkan fahaman Wahabi yang boleh menyebabkan perpecahan ummah.

"Sesiapa sahaja yang berceramah di Johor tidak mengira apa kedudukan atau kelulusannya maka dia mesti perlu mendapatkan kebenaran MAIJ.

"Ini penting bagi memelihara perpaduan dan ketenangan yang wajib dijaga dalam masyarakat Islam dan usaha-usaha untuk membawa kerosakan keamanan itu perlu dibanteras," katanya.




Selain itu, jangan lupa.. Dr Asri juga semasa menjadi Mufti Perlis pernah menghalang seorang ulamak besar bermazhab Syafie dari Indonesia untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat Negeri Perlis.

Di sini saya sertakan catatan perjalanan dakwah Habib Munzir Al Musawa pada bulan November 2007 :

Perlis
Perlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah tersebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafus shalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.
- Rujukan : Majelis Rasulullah

Allahu ALlah... sebenarnya dengan kriteria apakah Dr Asri menilai keilmuan seseorang ? Pada PhDnya kah ? Atau kerana mazhabnya ? Atau kerana bekas mufti ?

Setahu saya yang faqir ini, para ulamak muktabar pun tidak perlu berbangga dengan diri mereka ada PhD, sebab ulamak muktabar seperti Imam Asy Syafie, Imam Ahmad ibnu Hambal, Imam Abu Hanafi, Imam an Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Hujjatul Islam Imam al Ghazali dan ramai lagi walaupun telah menulis ratusan kitab dan digunapakai sehingga ratusan tahun sebagai rujukan dan pegangan tidak pernah menyatakan sebagaimana yang Dr Asri sebutkan itu.

Kerana bagi saya yang faqir ini, yang menyebabkan mereka itu dihormati, ilmu mereka didengari sehingga ke hari ini adalah disebabkan akhlak mereka, taqwa mereka kepada ALlah sehingga hadamlah ilmu itu dijadikan penghayatan untuk menuju kepadaNya.

Bukankah ALlah telah berfirman yang bererti :

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.


(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).


Semoga diri ini ditemukan selalu dengan orang berilmu yang tidak sombong dengan ilmunya, dan kuat taqwanya di sisi ALlah. Aminnn Ya ALlah..

Sumber : Http://Jomfaham.Blogspot.Com

Monday, November 9, 2009

Mengapa Fahaman Wahhabi Ditolak ?

Saya tertarik dengan Artikel Pandangan Rasmi Jakim Mengenai Wahhabiyyah. Mereka yang Pro Wahhabi akan menggunakan hujjah dari JAKIM untuk menyatakan Wahhabi boleh diajar dan disebarkan di Malaysia atas alasan TIDAK SESAT. Namun mereka yang Pro Wahhabi ini lupa tentang perkataan ini :


 Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003.

Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.Memang tidak dinafikan fahaman Wahhabi inilah yang telah menimbulkan pecah belah di Malaysia bahkan di seluruh dunia, menghukum sesat majoriti ulamak dan umat Islam. Benarlah seperti yang disebutkan oleh ulamak :
Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bid'ah.

Pada Hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya "al-Salafiyyah al-Mu'assarah" menulis :



"Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama ALlah... kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan... hingga memporak perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bid'ah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..."

Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalah gunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh RasuluLlah s.a.w dalam sebuat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

"Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka."

 Ia turut diakui oleh Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali yang pernah menjawat sebagai Ketua Lembaga Pengawasan Da'wah di Dubai. Iaitu golongan yang suka menggunakan nama seperti Firqotun Najiah, Muwahhidun, Salafi ini telah menghukum kafir kepada penduduk di Abu Dhabi dan Dubai hanya kerana mereka bermazhab Maliki dan mengikut aliran Asya'iroh sehingga beliau telah menulis sebuah buku yang menerangkan pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan ini terhadap umat Islam beserta bukti-buktinya. 

Contoh pengkafiran yang telah dilakukan oleh golongan Wahhabi Salafi ini ialah :
1. Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :
"Ini jelas menunjukkan bahawa Isa 'alaihissalam akan berhukum dengan syari'at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya".


Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su'ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian 'Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :

"Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?
*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.

2. Di dalam Akhbar al Muslimin ad Dauliyah : apabila ditanya tentang 2 imam besar iaitu Imam An Nawawi dan Ibnu Hajar (semoga keduanya dirahmati ALlah) :

"Sesungguhnya kedua Imam itu memiliki aqidah yang rosak dan melakukan penyimpangan (tahrif) dalam beberapa masalah I'tiqad".


3. Safar al Hawali dalam risalahnya bertajuk Minhaj al Asya'iroh fil Aqidah hal 28 :

"Seandainya dikatakan bahawa al Hafizh Ibnu Hajar adalah orang yang tidak menentu aqidahnya nescaya ia lebih mendekati kebenaran".
 Antara bukti golongan wahhabi salafi ini menghukum sesat kepada ulamak Islam dan jemaah Islam yang boleh dibaca secara langsung dari laman web :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :
 http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

 2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :
 http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

 3. Menghukum sesat kepada golongan Asya'iroh :
http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715 

Dan banyak lagi contoh-contoh hukuman sesat, kafir dan syirik tanpa hak yang dilakukan oleh golongan yang melampau ini.  

 Sumber :
1. Kata Pengantar Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Bin Wan Teh, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, al-Sheikh al-Hafiz al-Fadl Abu Al Fadl AbduLLah al-Siddiq al-Ghumari, Middle East Global ,2003, Selangor
2. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayali, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha