Tuesday, November 10, 2009

Jangan Lupa! Dr Asri Pun Pernah Menghalang Ulamak Dari Memberi Ceramah Di Perlis.

Saya membaca tulisan penuh emosi dari Dr Asri melalui wawancara beliau di dalam Harian Kosmo. Beliau menyatakan begini :

“Soal tauliah sepatutnya tidak timbul. Bagi saya ia adalah perkara yang pelik. Saya adalah seorang bekas mutfi, saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian agama Islam, malah saya turut mengajar pelajar-pelajar sarjana dan kedoktoran di universiti awam, tiba-tiba saya dikatakan tidak ada tauliah. Adakah saya, seorang ahli akademik dan bekas mufti perlu minta sedekah untuk tauliah ini?

“Kalau saya pohon tauliah sekalipun, adakah JAIS akan menganugerahkannya kepada saya, sedangkan sewaktu saya bergelar Mufti Pelis, saya adalah satu-satunya mutfi yang tidak dibenar memberi ceramah, kuliah dan mengajar di Selangor.

Sudah dinyatakan, di dalam mana-mana negeri pun ada pentauliahan untuk mengajar. Sekiranya Dr Asri tidak bermasalah dalam mengajar dan memberi kuliah, sudah tentu pihak Jabatan Agama Islam Negeri pun akan membenarkan dengan mudah dan tidak ragu-ragu untuk memberi keizinan di mana-mana sahaja untuk mengajar. Namun nampaknya Mufti Pahang pun tidak membenarkan Dr Asri untuk mengajar di sana kerana didapati membawa fahaman yang mengelirukan. Cuba lihat kenyataan Mufti Pahang mengenainya :

Dr Mohd Asri didakwa cuba mengelirukan masyarakat Islam melalui pertikaian mengenai amalan-amalan sunat yang dilakukan umat Islam sebelum ini, di dalam ceramah yang disampaikan.

Pahang sudah menyedari perkara berkenaan dan tahun lalu, Jaip tidak membenarkan tokoh ulama (Dr Mohd Asri) itu mengadakan ceramah, di sini atas dasar itu.

“Kita tidak mahu masyarakat terkeliru dengan ceramah yang disampaikan mengenai amalan-amalan sunat yang sering dilakukan sebelum ini dan beliau seharusnya menghormati amalan yang diamalkan setiap negeri,”





Jika seorang mufti yang bercakap tentunya kita akan mempertikaikan, tetapi Mufti Johor juga bersetuju dalam soal pentauliahan seolah-olah dapat 'menghidu' ada fahaman lain yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan umat Islam yang hendak dikembangkan :

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menegaskan, setiap penceramah agama perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk menyampaikan ceramah di negeri ini.

Beliau berkata, ia adalah peraturan yang wajib dipatuhi bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak bercanggah daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selain itu, katanya, peraturan itu bukan untuk menyekat mana-mana aktiviti dakwah, sebaliknya bagi membendung sebarang usaha untuk mengembangkan fahaman Wahabi yang boleh menyebabkan perpecahan ummah.

"Sesiapa sahaja yang berceramah di Johor tidak mengira apa kedudukan atau kelulusannya maka dia mesti perlu mendapatkan kebenaran MAIJ.

"Ini penting bagi memelihara perpaduan dan ketenangan yang wajib dijaga dalam masyarakat Islam dan usaha-usaha untuk membawa kerosakan keamanan itu perlu dibanteras," katanya.




Selain itu, jangan lupa.. Dr Asri juga semasa menjadi Mufti Perlis pernah menghalang seorang ulamak besar bermazhab Syafie dari Indonesia untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat Negeri Perlis.

Di sini saya sertakan catatan perjalanan dakwah Habib Munzir Al Musawa pada bulan November 2007 :

Perlis
Perlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah tersebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafus shalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut, Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.
- Rujukan : Majelis Rasulullah

Allahu ALlah... sebenarnya dengan kriteria apakah Dr Asri menilai keilmuan seseorang ? Pada PhDnya kah ? Atau kerana mazhabnya ? Atau kerana bekas mufti ?

Setahu saya yang faqir ini, para ulamak muktabar pun tidak perlu berbangga dengan diri mereka ada PhD, sebab ulamak muktabar seperti Imam Asy Syafie, Imam Ahmad ibnu Hambal, Imam Abu Hanafi, Imam an Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Hujjatul Islam Imam al Ghazali dan ramai lagi walaupun telah menulis ratusan kitab dan digunapakai sehingga ratusan tahun sebagai rujukan dan pegangan tidak pernah menyatakan sebagaimana yang Dr Asri sebutkan itu.

Kerana bagi saya yang faqir ini, yang menyebabkan mereka itu dihormati, ilmu mereka didengari sehingga ke hari ini adalah disebabkan akhlak mereka, taqwa mereka kepada ALlah sehingga hadamlah ilmu itu dijadikan penghayatan untuk menuju kepadaNya.

Bukankah ALlah telah berfirman yang bererti :

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.


(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).


Semoga diri ini ditemukan selalu dengan orang berilmu yang tidak sombong dengan ilmunya, dan kuat taqwanya di sisi ALlah. Aminnn Ya ALlah..

Sumber : Http://Jomfaham.Blogspot.Com

2 comments:

-peacemaker05- said...

assalamualaikum
saya hanya ingin memberi kenyataan kalau tuan punya blog tidak tahu atau tidak pernah berjumpa dengan sebuah artikel dalam majalah al-islam yang mengatakan al-ghazali pernah mengkafirkan ibnu sina'(saya x ingat keluaran keberapa).saya begitu tidak setuju dengan kenyataan majalah tersebut.apabila saya perhatikan hujah2 dalam majalah tersebut,andai tidak dibaca dengan hati yang lapang akan merasakan bahawa kenyataan tersebut adalah benar.tapi apbl saya perhatikan sebenar2nya,hujah tersebut sebenarnya disalahtafsirkan.inilah masalah masyarakat sekarang.hanya menafsirkan perkataan secara terus.kesilapan perkataan membolehkan mereka mengkafirkan org secara membuta tuli.dan setahu saya golongan wahabi ini telah lama berbuat demikian.moga diberi ruang untuk umat islam memahami sebenar2nya siapa mereka.lagi satu,saya mencadangkan ulama' sunnah malaysia menekankan betapa pentingnya jasa ulama'2 selepas perginya Rasulullah saw dan menyedarkan mereka iktikad kita bukan taksub kepada mereka(sehingga kita dituduh syiah) dan menyatakan bahawa itu adalah adab ketika berguru.silap haribulan,ulama'2 wahabi ni akan mencaci guru2 mereka sebab xtau apa itu adab sesama manusia.wallahualam.

RahmanIshak said...

pada aku, kita terlalu lambat bergerak dari fahaman2 wahabi ini yg di lihat lebih prograsif menerapkan fahaman mereka dalam masyarakat sehingga ada yang menggangap satu ilmu yg baru dan mudah.... padahal islam sudah wujud 1400 tahun yg lalu... adakah ulamak2 dulu silap memberi petunjuk.... harap peguat kuasa lebih prograsif.... sekarang nampak mcm dia... ambil tindakan.. lepas tu membisu sehingga rakyat keliru...

Post a Comment