Showing posts with label Kata Hikmah Para Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah Para Sahabat. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Ali r.a : berkata ; Kalaulah tidak kerana 5 perkara semua manusia boleh menjadi orang-orang soleh :

1. Senang menerima kejahilan diri.
2. Tamak kepada dunia
3. Kedekut dengan kelebihan rezeki.
4. Suka menunjuk dengan beramal.
5. Merasa ta’jub dengan pendapat sendiri.
Nasihat Khulafa’ ar Rasyidin :

1. Saidina Abu Bakar pernah berkata : Sesiapa masuk kubur dengan ketiadaan bekal, adaah seperti mereka yang hendak menyeberangi lautan dengan ketiadaan perahu.
2. Saidina Umar al Khattab : Kemuliaan dunia adalah dengan harta dan kemuliaan akhirat adalah dengan amal soleh.
3. Saidina Usman : Hai saudaraku! Adalah kamu berdukacita kerana dunia itu menjadi kegelapan di dalam hatimu, dan kamu berdukacita kerana akhirat itu menjadi cahaya di dalam hatimu.
4. Saidina Ali : Sesiapa yang menuntut ilmu seolah-olah menuntut syurga, dan sesiapa yang menuntut maksiat seolah-olah menuntut neraka.
Saidina Umar bin Khatab :

1. Barangsiapa banyak tertawanya nescaya kurang disegani. Barangsiapa banyak guraunya nescaya dianggap ringan. Barangsiapa memperbanyakkan sesuatu , nescaya ia terkenal dengan sesuatu itu.
2. Barangsiapa banyak perkataanya, nescaya banyak jatuhnya. (jatuh dalam kesombongan). Barangsiapa kurang malunya nescaya kurang waraknya. Barangsiapa kurang wara’nya nescaya mati hatinya.
Kata Hikmah Ali bin Abi Talib :

1. Apabila engkau mendengar ilmu, maka sebarkanlah ia! Dan janganlah engkau campurkan dengan senda gurau agar tidak mati dimuntahkan oleh hati.

2. Sesuatu bangsa itu masyhur kerana budi bahasanya, dan jika budinya hilang nescaya kemasyhuran bangsa itupun akan hilang juga.

3. Ketahuilah olehmu bahawasanya harta benda apabila disimpan di dalam peti walau berapa banyak pun tidaklah ia bertambah baik, tetapi kalau digunakan untuk memperbaiki nasib hamba rakyat maka harta tersebut akan berkembang biak.
Kata Hikmah Umar Al Khatab :

1. Yang paling saya takutkan atas umat ini ialah orang yang munafiq yang berilmu.
2. Apabila engkau lihat seorang yang berilmu menyintai dunia maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.
3. Takutilah akan kekenyangan, sebab kekenyangan akan memberati hidup dan berbau busuk ketika mati.

Kata Hikmah Para Sahabat

Kata Hikmah Abu Bakar As Siddiq :

1. Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di kalangan kamu. Apabila kamu lihat perbuatanku benar, maka ikutilah aku. Tetapi bila kamu lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah aku.
2. Tidak boleh seorang Muslim menghina Muslim yang lain. Yang kecil pada kaum Muslimin adalah besar di sisi Allah.
3. Aku ingin jadi rumpun sahaja supaya dimakan kuda. (kerana sangat ngerinya dengan siksaan Allah).
4. Semenjak aku masuk Islam, belum pernah aku kenyangkan perutku, demi dapat merasakan segarnya Ibadah dan belum pernah pula aku puas minum kerana sangat rindunya aku pada Illahi.
5. Kami diuji dengan kesusahan, maka kami sabar, tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kemewahan) , hampir-hampir kami tidak tahan.
6. Manusia paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.