Saya mendapat jemputan untuk hadir Himpunan Ulama’, Cendikiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur 17-19 Februari 2012. Program dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara.
Dek kerana kesibukan tugasan, saya hanya dapat hadir pada hari keduanya, hari ini. Seorang sahabat yang turut menerima jemputan tidak dapat datang awal meminta saya daftarkan dahulu untuk beliau yang akan tiba pada sesi kedua.
Pada ketika sesi kedua, saya menerima panggilan dari sahabat saya ini bahawa beliau ditahan oleh petugas di luar ballroom dan tidak dibenarkan masuk.
Saya terus keluar membawa tag nama dan beg seminar yang disediakan yang telah saya ambilkan bagi pihak beliau untuk diserahkan. Saya ingatkan bahawa beliau tidak dibenarkan masuk kerana tiada tag nama maka saya langsung mengajak dia mengenakan tag dan masuk bersama.
Namun petugas yang menyekat beliau menggatakan bahawa sahabat saya ini tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pakaian yang sesuai.
Hairan saya!
Apa yang dipakai sahabat saya adalah menutup aurat. Namun, memandangkan beliau memakai baju melayu dan berkain pelikat dan serta dikenakan dengan serban, beliau dikatakan tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan.
Apa yang dipakai sahabat saya adalah menutup aurat. Namun, memandangkan beliau memakai baju melayu dan berkain pelikat dan serta dikenakan dengan serban, beliau dikatakan tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan.
Dua-tiga perkara yang amat mengecewakan saya.
Pertama, tidak ada disebut sepatah ayat berhubung kod pakaian dalam jemputan mahupun buku panduan seminar. Maka bila masa kod pakaian tersebut dimaklumkan kepada kami yang hadir majlis tersebut.
Kedua, sahabat saya mengenakan pakaian yang lengkap sebagai seorang muslim sesuai dengan majlis yang disebut sebagai menghimpunkan ulama dan cendikiawan Islam bersama penulis maya. Maka temanya ialah Islam. Sewajarnya pabila berpakaian menutup aurat sudah menepati syaratnya.
Ketiga, saya melihat ramai yang hadir tidak menutup aurat. Tidak kurang dari 6 orang wanita yang hadir tidak langsung menutup aurat. Pakaian mereka amat tidak sesuai dengan tema majlis yang bercakap pasal Islam dan ingin memartabatkan Islam. Beberapa keping gambar yang diambil sebagai bukti mereka yang tidak menutup aurat hadir dalam majlis tersebut.
Rumusannya, kalau inilah strategi dan kaedah yang diambil oleh NGO pro-kerajaan untuk mendampingi penulis maya maka ianya suatu langkah yang silap.
Yang amat pedih di teliga saya ialah apabila saya sudah berada di dalam dewan, petugas tadi masuk sambil berbisik dengan rakannya mengherdik akan seorang peserta yang hendak masuk dewan tanpa pakaian yang sesuai. Dia tidak sedar bahawa saya duduk sebelah tempat dia berdiri ketika membisikkan kepada rakannya.
Hanya pihak pengajur sahaja yang boleh jawab komen saya ini.
0 comments:
Post a Comment