Monday, March 23, 2009

Nasihat Luqman

Wasiat Luqman Al Hakim

1. “Hai puteraku, jangan sampai ayam jantan lebih cergas dari mu. Ia berkokok pada waktu dinihari, sementara engkau sedang tidur lena,”
2. Wahai anakku ! janganlah engkau syirik kepada Allah, kerana syirik itu dosa paling besar.
3. Wahai anakku! Jangan tangguhkan taubat, kerana mati itu datang mengejut.
4. Wahai anakku! Janganlah engkau menjadi benda manis nanti engkau ditelan orang, dan jangan sebagai benda pahit, nanti engkau akan dimuntah orang.
5. Wahai anakku! Sesiapa yan bersahabat dengan penjahat nescaya tidak selamat.
6. Wahai Annakku! Siapa yang tidak menguasai lidahnya nanti akan menyesal.
7. Wahai anakku! Marah itu gila dan akan menyesal.
8. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam. Layarkanlah lautan iu dengan sampan yang bernama taqwa dan layarnya adalah tawakal kepada Allah
9. Jauhilah dirimu daripada berhutang, kerana berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.
10. Jangan terlalu mudah ketawa jika bukan perkarta yang menggelikan hati. Jangan berjalan tanpa tujuan yang tidak pasti. Jangan menanyakan sesuatu yang tiada berguna pada diri anda. Jangan mensia-siakan harta dunia anda.
11. Aku pernah memikul batu-batu besar dan mengangkat besi-besi berat akan tetapi aku tidak pernah merasa yang lebih berat daripada tetangga yang buruk perangainya.
12. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata “Aku sudah pintar” maka dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.

0 comments:

Post a Comment