Monday, August 23, 2010

MUFTI PERLIS (Dr Juanda Jaya) TOLONG JANGAN BUAT FITNAH!

Komen Artikel 'Semangat 1Malaysia dikhianati agensi agama?

Saya tertarik dengan posting Dr Juanda Jaya dalam Harakahdaily pada Ogos 2010 berkaitan dengan artikel Dato' Nakhaei Ahmad mengenai Wahhabi dalam Milenia Muslim, Ogos 2010. Lebih-lebih lagi Dato' Nakhaie ada mengaitkan dengan Negeri Perlis. Secara peribadi, saya mempunyai ramai sahabat-sahabat di Perlis dan Perlis adalah jiran kami di Changlun ini. Jadi, Perlis amat rapat dengan saya. Secara pengamatan, sebenarnya masih ramai masyarakat Islam Perlis yang pengamalannya sebagaimana majoriti umat iaitu bertaklid kepada imam-imam mazhab yang muktabar. Manakala sebahagiannya pula, bertaklid kepada penghuraian Mufti dan ustaz-ustaz yang sealiran dengannya. Selamat membaca artikel di bawah dan komen saya yang berwarna kuning.

SEMANGAT 1MALAYSIA DIKHIANATI AGENSI AGAMA ?
Dr Juanda Jaya


Sewaktu sambutan Ramadan 2010 baru-baru ini, rakyat negeri Perlis digemparkan oleh satu tulisan pada halaman 52-54 Edisi Ogos Majalah Milenia Muslim. Tulisan ini diisi dengan tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri ini.

(Komen Dr Asmadi: Perlis terpaksa membayar harga yang tinggi kerana pernah melantik orang yang berfahaman agak taksub dan membawa perpecahan umat di seluruh Malaysia. Sekarang Dr Juanda terpaksa membetulkannya)
Hal ini timbul setelah sebelumnya suatu Seminar Pemikiran Islam diadakan di sebuah Akademi Pengajian Islam Universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis yang telah dirasmikan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk. Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam.

(Dr Asmadi: Mufti tidak sepatutnya melontarkan fitnah itu terhadap seminar yang dimaksudkan tersebut. Seorang Mufti sepatutnya memeriksa 'perkhabaran' yang didengar dengan lebih berhati-hati. Pastikan berita tu betul ke tidak. Lebih-lebih lagi, sebahagian masyarakat Perlis dah putuskan hubungan dengan imam-imam mazhab, maka Muftilah tempat taklidnya. Kalau mufti tidak cermat, amat membahayakan masyarakat sebab masyarakat akan terima bulat-bulat sebab dikatakan mengikut sunnah.
Saya hadir seminar tersebut dan saya tidak mendengar pun nama Kerajaan Negeri Perlis disebut atau diperkecilkan. Kemudian, bila pula seminar tersebut memuji Gerakan Ahbash? Pembentangnya pun yang membuat kajian pada gerakan Ahbash, mengkritik gerakan tersebut di sudut 'keekstreman' pada sesuatu isu! Pembentang-pembentang yang berfikrah Ahbash, kalau mengikut kata penganjur, bukannya pembentang jemputan tetapi mereka yang menghantar kertas untuk dibentangkan (call for paper) dan datang atas tambang sendiri. Justeru, Mufti kena lebih berhati-hati bila dah sanggup jadi Mufti).

Majalah Milenia dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan. Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara. Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri. Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

(Dr Asmadi: Saya dapat melihat Dr Juanda baru merasa kesan penulisan majalah. Cuma beliau mungkin lupa, beliau juga pernah menulis bersama-sama rakan-rakan sealiran dengannya dalam majalah yang mendokongnya melontarkan tuduhan serupa pada pihak lain. Dan kini, semacam suatu kebangkitan yang dilakukan oleh orang-orang agama untuk menolak 'aliran' yang dibawa oleh Dr Juanda dengan dinyatakan hujah-hujah kebatilan aliran baru ini). 


Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri ini. Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.


Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa penulis artikel ini beriya-iya benar cuba memalitkan negeri yang permai lagi mempesona ini dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh DYMM Tuanku Raja Pemerintah negeri Perlis, Ketua Agama Islam negeri Perlis. Yang terkini ialah titah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sewaktu majlis berbuka puasa Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Baitulmal Perlis dan Jawatankuasa Pelaburan Baitulmal Perlis pada 15 Ogos 2010 yang lalu yang menafikan kaitan negeri ini dengan “Wahabi” dan segala tuduhan liar yang menyatakan negeri ini menolak mazhab dan sebagainya. Utusan Malaysia 16 Ogos 2010 turut memetik titah ini kemudiannya.

(Dr Asmadi: Saya bersetuju supaya Perlis tidak dikaitkan dengan Wahhabi. Biarlah penentangan terhadap Wahhabi diteruskan tetapi tidak dikaitkan dengan Perlis).

DYMM Tuanku Raja Perlis sering meminta agar pihak yang keliru dengan pengamalan Islam di Perlis agar datang sendiri ke negeri ini bagi melihat amalan Islam di sini. Bahkan baginda menitahkan agar sesiapa yang meragui amalan di sini untuk membawakan hujah menurut al-Quran dan al-Sunnah bagi membuktikan bahawa amalan ini bertentangan dengan Islam. Namun hingga kini tuduhan liar sahaja yang dilemparkan dan tiada hujah akademik yang konkrit bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah yang dikemukakan.

(Dr Asmadi: Cadangan saya, mungkin Perlis perlu mempelbagaikan ahli Majlis agamanya untuk memastikan mereka benar-benar menepati al-Quran dan Sunnah. Kena panggil balik beberapa tokoh-tokoh agamanya dari negerinya sendiri seperti Dato Dr Haron Din, Dato' Hasan Din al-Hafiz supaya setiap keputusan dapat diperiksa ketepatannya oleh pakar-pakar yang juga mengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi mempunyai penghuraian yang berbeza. Mengimport tokoh-tokoh luar yang sealiran, BUKAN JALANnya untuk mendakwa menegakkan al-Sunnah).

Perlis menghormati pandangan semua mazhab. Apa yang diamalkan adalah ia tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan bertindak memilih amalan yang didapati menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah serta tafsiran para sahabat dan ulama Salafussoleh. Ini dilakukan kerana ia diyakini lebih hampir kepada kebenaran dan ketepatan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebenarnya turut dipraktikkan di negeri-negeri lain yang dikatakan mengikut mazhab tertentu yang sebenarnya turut sama memilih pandangan mazhab lain dalam banyak hal apabila didapati pandangan mazhab mereka sendiri kurang menepati kesahihan dalil syarak.


Perlis sudah membuktikan ia amat dinamik dan progresif dalam pengalaman Islamnya. Negeri ini sentiasa berusaha mencari solusi menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam menawarkan penyelesaian isu-isu agama. Lantaran itulah pandangan agama dari negeri ini sering dijadikan rujukan oleh umat Islam seluruh Negara dan sebahagian besar amalan negeri ini dapat diterima di tempat lain secara meluas. Amalan yang bersandarkan nas al-Quran, al-Sunnah dan amalan para sahabat dan Salafussoleh sudah pasti menjadi tarikan kepada umat Islam mengikutinya kerana ia berasaskan dalil dan fakta yang sahih. Inilah rahmat dan hasil pembangunan pendidikan pada semua peringkat di Negara ini.


Apa yang menyedihkan ialah, pada saat kesatuan Negara semakin diperkukuhkan oleh slogan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh Kerajaan Persekutuan, namun masih wujud beberapa agensi agama di peringkat pusat yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan. Sedangkan hak setiap negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah wajar suatu pihak dalam agensi kerajaan mencanangkan seruan dan ajakan untuk menentang sebuah negeri yang berada dalam Persekutuan dan menuduh serta menghasut bahawa tindakan dan amalan keagamaan negeri itu adalah salah dan mesti ditentang? Apakah tindakan seperti ini tidak wajar untuk disiasat menurut Akta Hasutan? Atau apakah ini suatu bentuk Perlembagaan baru yang mahu diwujudkan oleh mereka yang bencikan kedamaian Negara ini?


Saya menyeru kepada pihak berwajib agama di peringkat persekutuan agar mengambil tindakan terhadap suara-suara ganjil yang anti perpaduan ini dan sentiasa mahu menghasut rakyat untuk berpecah belah. Saya juga meminta pihak keselamatan menyiasat dalang di sebalik tulisan jahat dalam majalah yang ada kaitan dengan agensi kerajaan ini memandangkan majalah ini disebarkan secara percuma dan meluas di seluruh Negara terutama di premis-premis berkaitan dengan agama Islam.


Semoga Allah terus memberi petunjuk kepada umat Islam Negara ini agar terus beramal menurut al-Quran dan al-Sunnah dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya yang berkekalan untuk Negara ini dan memelihara Negara ini daripada anasir perosak dan pemecah belah kesatuan dan perpaduan rakyat.

Dr Juanda Jaya,
Kangar, 19 Ogos 2010.

(Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.phpoption=com_content&view=article&id=28251:semangat-1malaysia-dikhianati-agensi-agama&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46)

Monday, July 26, 2010

RESPON ARTIKEL FITNAH KETUA PEMUDA PUM : kUMPULAN DAKWAH DIANGGAP BERDOSA, UMNO BAGAIMANA

Saya mengikuti Seminar Pemikiran 2, Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan bertindak juga sebagai pembentang pada hari kedua. Seminar sebenarnya berjaya menghuraikan hujah-hujah secara akademik terhadap isu-isu yang menjadi fitnah kepada Ahlussunnah wal jamaah dan cabaran yang sedang dihadapi tanpa menyentuh mana-mana parti politik di atas sifatnya akademik. 

Malangnya ada komen yang bertentangan dengan fakta seminar dikeluarkan oleh Harakah Online, pada 24 Julai 2010. Saya secara peribadi kecewa kerana akhbar ini mengeluarkan artikel yang berbau 'fitnah' oleh penulisnya (bukan penulis Harakah). Semoga Harakah sebagai akhbar Parti Islam, lebih berhati-hati menyiarkan di atas sifat 'fatabayyanu', apatah lagi penyokong PAS berada pada kedua-dua aliran. Kalau tidak ada sifat ini, apa beza Harakah dengan akhbar lain? 

Pada saya, ini adalah satu tindakan terancang pihak Wahhabi untuk mengaitkan mana-mana seminar dengan nama Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dengan mana-mana usaha menentang ekstremis dan wahhabi untuk menjadikan orang-orang PAS marah. Pernah nama Ustaz Hj Hadi dilibatkan sekali oleh golongan Wahhabi, apabila nama pemimpin mereka disebut sebagai mempunyai 'link' dengan ekstremisme. Setelah saya periksa dengan pihak pembentang, tidak ada pun nama Ustaz Hadi disebut dalam taklimat tersebut. 

Semoga anak muda ini lebih adil apabila membuat sesuatu komentar. Menggunakan nama PUM dan lulusan UM agak mencemarkan nama dua institusi tersebut kerana penulis telah membuat banyak fitnah yang besar kepada program tersebut.

Lihat komen saya di bawah:

Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana 
Mohd Dzul Khairi 

Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:
1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’ dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam.
(Dr Asmadi: Satu fitnah yang besar apabila tidak ada satu pun tuduhan takfir dalam seminar tersebut. Ahli panel hanya mengemukakan bagaimana golongan Wahhabi tersebut menyamakan ahlussunnah aliran Asyairah setara dengan musyrikin Makkah, dan bagaimana mereka juga dikatakan lebih buruk dari Yahudi! Pembentang-pembentang menjawab tuduhan-tuduhan Wahhabi terhadap Ahlussunnah. Bahkan ada juga pembentang mengkritik aliran Ashairah yang melampau dan menggunakan cara pihak lawan yang melampau kerana menggunakan takfir pada sesetengah ulama).

2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam. Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.
(Dr Asmadi: Ini juga satu fitnah. Tidak ada sepatahpun nama Tuan Guru Nik Aziz dicerca apatah lagi mengkafirkannya dan mengkafirkan al-Qardhawi disebut dalam seminar tersebut. Bahkan seorang pembentang menyeru supaya TG Nik Aziz tidak sepatutnya ditolak pandangannya).

3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah status Umno pada pandangan mereka.
(Dr Asmadi: Membuat satu penyataan umum serangan terhadap kumpulan dakwah. Pembentang hanya menyatakan kelemahan sesetengah badan dakwah yang tidak menentu akidahnya. Tidak adapun tuduhan terhadap parti politik termasuk parti Pas atau Umno).

4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat.
(Dr Asmadi: Satu persepsi yang melihat semua usaha orang lain adalah negatif. Tetapi bila pihak yang lain, (mungkin penulis adalah pendokongnya), penulis tidak pernah membuat ulasan ini)

Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku.
(Dr Asmadi: Saya setuju, sepatutnya kita tidak perlu berbicara masalah ini. Namun disebabkan fitnah 'sesat- menyesat' dan bid'ah membid'ah', kita terpaksa memperkatakannya, sebab hujjah kena didatangkan dengan hujjah, jika tidak kesesatan dikatakan kebenaran).

Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah.
(Dr Asmadi: Tentang ayat-ayat mutasyabihat tu kena bicangkan juga mana yang betul mana yang tidak, kalau tidak, boleh rosak iman kalau sampai mentajsimkan Allah SWT. Namun, saranan ke arah menegakkan kalimah Allah, memang perlu diteruskan)

Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata.

Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama.

Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan, saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri.

Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme.

(Dr Asmadi: Satu lagi fitnah penulis, tidak ada pun 'takfir' terhadap dua tuan guru tersebut, dan tidak disebutpun nama mereka. Kelihatannya, penulis ingin menyeret nama dua tuan guru ini dengan gerakan ekstrimis yang membid'ahkan umat) 

Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi. Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia.


Sumber : Http://drasmadinet.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

Hati-hati Bila 'Ulama Muda' Wahhabi Masuk UMNO Untuk 'Berdakwah'

Isu Wahabi

Bagi rakan kepada Mohd Hosni yang turut ke pejabat Harakahdaily, Mohd Khairul Hafis Salihin, 27 tahun, (gambar) beliau seakan bersetuju dengan satu analisis yang dibuat oleh satu laman web berkaitan motif sebenar mereka yang menyertai Umno ini.

"Bagi saya mereka hendak menyertai Umno tidak salah walaupun saya nampak ia ada kepentingan sendiri tetapi memperdaya dan menyalahgunakan orang satu yang tidak baik," kata Mohd Khairul.

Bagi beliau, teori golongan Wahabi di negara ini mahu menyertai Umno untuk mengelakkan tekanan ke atas mereka ada kebenarannya.

"Saya kenal Fathul Bari, anak kepada Ustaz Mat Jahaya ini pada tahun 2002 lagi ketika saya menyertai satu kursus bahasa Arab di Bagan Lalang yang dianjurkan oleh kerajaan Arab Saudi dengan kerjasama pelajar dari Madinah ini. Fathul ini salah seorang pengajarnya kerana ketika itu dia sedang pulang bercuti," kata Mohd Khairul.

Menurut Khairul, dia datang lambat untuk mendaftar kursus itu dan ketika itu peserta dan jurulatih sedang sembahyang subuh berjamaah.

Oleh kerana lewat, beliau hanya mengikut mereka sembahyang separuh sahaja dan menyambung dengan rakaat kedua dan membaca qunut.

"Selepas sembahyang, Fathul Bari ini telah 'tashkil' (syarah) saya hampir setengah jam soal baca qunut ini bidaah," cerita Mohd Khairul.

Sejak itulah beliau kenal Fathul sebagai pembawa ajaran Wahabi ke negara ini. Antara cirinya adalah, kumpulan ini berpendapat, bacaan doa qunut dalam solat subuh, talqin dan tahlil itu bidaah dan salah.
Isu ini hanya soal cabang sahaja di dalam Islam tetapi kebanyakan jabatan agama (kecuali Perlis) menganggap ia boleh memecahkan umat Islam dan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

"Sebab itu saya tidak terkejut beliau ditahan oleh jabatan agama di Negeri Sembilan dan tidak dibenarkan mengajar di Selangor kerana isu ini," kata beliau.

Jadi, beliau mengesyaki, agenda mereka menyertai Umno adalah untuk mengelakkan tindakan di ambil ke atas mereka atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan jabatan-jabatan agama kepada mereka.
  

Wednesday, June 23, 2010

Apabila MALAYSIAKINI PENIPU dan Dr Asri Bermain 'Politik'

Oleh : Ustaz Mohd Halizal Allias , Kedah Darul Aman, Malaysia
-Merupakan seorang petugas sepenuh masa dalam Aktivis Dakwah. Merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Maktab Tahfiz Sains Badiuzzaman Sa'id Nursi dan Naib Mudir Sek.Tahfiz Sains An-Najihin. Aktif dalam ngo,merupakan Timb Pengerusi YAYASAN PAKSI Kulim dan juga merupakan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kulim. -Beliau juga boleh dihubungi melalui email:abu_fathurrahman@yahoo.com.my


Penjelasan Isu TGHH Dan Ust Zamihan


Sudah berkali-kali ana tegaskan dalam kuliah, isu fahaman wahabiyyah bukan isu yang boleh kita politikkkan secara kepartian.Isu ini adalah isu yang perlu dibahaskan secara ilmiah,berfakta dan penuh dengan kejujuran demi mencari cahaya kebenaran.Misalnya, adakah boleh kita berbicara selaku seorang pensyarah pada anak yang belum kenal alif ba ta.Hari ini tatkala sebahagian ahli jamaah yang belum matang melepasi proses tarbiyah,lalu bila pimpinan cepat melatah maka ini pasti memberi kekeruhan kepada jamaah.

Andai Tn Guru Hj Hadi itu laksana mentari yang bersinar dalam perjuangannya yang begitu ana kagumi keikhlasan dan kesabarannya dalam memimpin jamaah,maka Ust Zamihan itu menjadi bulan yang menerangi kegelapan umat buat memberikan sinaran yang mampu membela ahlu sunnah wal jamaah.Namun pada ana ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh yang mahu melihat perpaduan jamaah ini runtuh.

Pada ana tidak perlu kita melulu dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan biar diperiksa dulu kesahihan laporan.Alhamdulillah lebih kurang jam 1 pagi tadi ana berbual panjang dengan Pegawai JAKIM Ust Zamihan berkaitan dengan apa yang sebenarnya berlaku.Menurut beliau ceramah yang beliau sampaikan di Hotel Pan Pacific KLIA pada hari Isnin malam selasa yang lalu dihadiri lebih kurang 130 orang hadirin termasuk Menteri Pengajian Tinggi,Timbalannya,Timbalan Ketua Polis Negara dan hampIr kesemua Naib Canselor IPTA adalah menjelaskan tentang fahaman wahabiyyah dan beliau hanya menyentuh isu mantan mufti Perlis Dr Asri dan lansung tidak menyebut nama Tn Guru Presiden PAS atau nama bekas Menteri Besar Perlis.

Namun bagai ada yang tidak kena, kerana apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini seperti berikut:

"Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya."

Menurut Ust Zamihan beliau telah menghubungi Malaysiakini dan meminta supaya mereka menarik balik laporan yang salah itu kerana beliau tidak pernah menyebut nama pemimpin berkenaan,atau Malaysiakini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.Sebab itu katanya,sekiranya Presiden PAS atau bekas Menteri Besar Perlis ingin menyamannya beliau tidak kisah kerana beliau lansung tidak menyebut nama mereka.Sebab itulah juga katanya lagi kaedah fiqh perlu diambil kira:'al-bayyinah alal mudda'ie wal yaminu 'ala man ankara'.
Maafkan ana Tn Guru,sekadar teguran dengan penuh rendah diri, sepatutnya isu ini perlu diteliti dengan berhati-hati agar tidak ada pihak yang menyalah erti.Tindakan mengadakan kenyataan secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa buat ahli PAS di kalangan golongan biasa.

Pada hemat ana juga,point yang penting di sini ialah 'fahaman Asriisme' ini memilih jalan 'playsafe' demi memastikan ideology mereka sampai tidak kira zaman Pakatan Rakyat(PR) atau Barisan Nasional(BN).Mantan mufti Perlis itu boleh berkhidmat dengan Shahidan Kassim dan juga dalam masa yang sama boleh mencium tangan Tok Guru Menteri Besar Kelantan selepas tidak memegang jawatan mufti.Disini jelas menggambarkan ketidakjelasan pendirian mantan mufti ini.Rasanya adalah lebih baik pandangan Pesuruhjaya PAS Perlis perlu diambil kira ataupun pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din.Ini kerana kedua-dua mereka pada ana lebih mengenali tindak tanduk bekas Mufti berkenaan.Bahkan barangkali Ust Yussainee Yahya juga punya pengalaman dengan bekas mufti itu.

Dalam kita ingin memerintah Malaysia pastinya rakyat menilai tahap professionalisme kerja buat kita.Apatah lagi yang hadir itu orang cerdik pandai yang tahu apa yang disebut oleh Pegawai JAKIM berkenaan.Selaku pimpinan pemuda PAS Wallahi,Wabillahi,Watallahi ana sanggup korbankan jiwa dan raga ana jika isu ini dimainkan untuk menangkap Presiden PAS yang ana kasihi.Membujur lalu,melintang patah,azam takkan layu,perjuangan takkan sudah…Allahu Akbar!!!

(Penjelasan yang lebih lengkap kepada aritikel ini,telah ana hantarkan kepada tranungkite,jika terdapat perbezaan isi dari versi asal, itu hanya sebagai maklumat tambahan).


Sumber : http://kiyaiharaki.blogspot.com/2010/06/penjelasan-isu-tghh-dan-ust-zamihan.html

----------------

P/S: Malaysiakini pun ada membawa fahaman LIBERALnya  : Lihat antara komen Adakah MALAYSIAKINI.COM Anti ISLAM ? 

Thursday, June 17, 2010

Awas! Fahaman Wahhabi Membawa Kepada Militan/Terroris Di Malaysia Dan Luar Negara

Sila Klik untuk besarkan :


Bahagian yang digariskan merah : 'Ahli-ahli akan dibimbing oleh seorang ahli senior itu mengikuti satu usrah sulit (kelas sulit) yang mirip fahaman Wahabi' Kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Pengikut fahaman ini terkenal dengan pegangan dan fahaman fanatik yang melabelkan pihak lain sebagai tidak Islamik dan sesat.

Tenaga pengajar dan buku-buku yang digunakan oleh ahli Senior JI (Jemaah Islamiah) dalam mendidik ahli baru menjurus kepada fahaman Wahabi.'

Sumber : Kosmo, Selasa 15 Jun 2010 m/s 6

Sunday, March 21, 2010

Dr Asri Dan Tareqat



Assalamu'alaikum Dr Asri,

Dalam pernyataan Dr Asri di atas boleh saya tahu golongan tareqat yang mengikut al Quran dan Sunnah yang manakah akan berkata seolah-olah mereka sahaja yang pasti akan masuk ke syurga ?

Jangan lupa ulamak mujaddid  (Ibnu Taimiyyah) yang Dr banggakan itu memuji sendiri golongan ahlu sufi - sekiranya diambil perkataan beliau dengan penilaian yang adil. Lihat sendiri kalamnya :

"Orang-orang berselisih mengenai tareqat mereka, ada yang mencela kaum sufi dan tasawwuf, lalu mereka berkata : mereka (kaum sufi) adalah ahli bid'ah dan keluar dari sunnah. Ada juga pandangan yang baik dalam hal ini yang dikutip daripada segolongan Imam atau ulama dan diikuti oleh beberapa ahli feqah dan ilmu kalam. Ada juga sebahagian orang yang berlebihan dalam menganggap mereka sebagai makhluk yang paling mulia setelah para nabi. Dua pihak pertama dan terakhir itu tercela" Beliau menambahkan : Yang benar, "mereka adalah orang yang berjuang atau berijtihad untuk mentaati ALlah sebagaimana orang-orang yang berijtihad dalam mentaati ALlah." Di antara mereka ada yang termasuk dalam sabiqin dan muqorrobin, Ada juga yang hemat (ashabul yamin) dan ada juga yang menzalimi dirinya serta melanggar perintah (berbuat maksiat kepada) Tuhannya. Ia juga berkata : Adapun para salikin (kaum sufi) yang lurus seperti halnya Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham, Abu Sulaiman ad Darani, Ma'ruf bin al Karkhi, Sir As Saqathi, Junaid bin Muhammad al Baghdadi dan para pendahulu (mutaqaddimin) lainnnya dan seumpama Syeikh Abdul Qadir al Jailani, Syeikh Hammad dan Sheikh Bayan daripada Ulama kebelakangan (mutaakhirin).
(Majmu' al Fataawa Ahmad ibn Taimiyah m/s : 516-517)

Ulamak besar dalam definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq : menyatakan (hal.19):


"Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fekah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis dari mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmahNya, dan nama-namaNya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud, dan pada perkara usuluddin."



Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).

Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi (wafat429H).  Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):

"Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran, serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan".



Rujukan :

1. Http://DrAsmadinet.Blogspot.Com

2. Abu Mohammad Rohimuddin Nawawi, Memahami Tasawwuf Yang Sahih, Cet Pertama 2009, Pustaka Salam, Kuala Lumpur

Thursday, March 11, 2010

Pro Wahhabi Yang Ingin Membersihkan Nama Wahhabi ?



Terbaharu terdapat satu seminar (lihat pemplet di atas) yang ingin dibawakan oleh mereka yang membawa fahaman wahhabi dengan menjemput antaranya Ketua Polis Negara dan jemputan lain kononnya dengan tajuk yang cantik iaitu ISLAM MEMERANGI TERRORISME. Tetapi awas - siapakah yang di sebalik panelis yang membentang kertas kerja di dalam seminar ini ?

Jika di lihat panelis yang akan membentangkan kertas kerja adalah Rasul Dahri sendiri. Namun kita tidak lupa, Rasul Dahri inilah yang mempromosikan manhaj wahhabi dengan hukuman iaitu MENGKAFIRKAN Golongan ASYA'IRAH yang terdiri dari majoriti umat Islam di Malaysia. Bahkan fatwanya menghukum sesat kepada Ikhwanul Muslimin.

Bukti beliau mengkafirkan golongan Asya'irah :



Lihat tulisan yang digariskan di dalam kandungan yang ditulis oleh Rasul Dahri ini :





Nyatalah Rasul Dahri menyebut golongan Asya'iroh yang terdiri dari umat Islam yang mengikut imam Abu Hasan al Asy'ari  kekal di dalam neraka. Sedangkan sudah sedia maklum keterkekalan di dalam neraka hanya untuk orang-orang kafir musyrik. Dr Yusof al Qardhawi (penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijrah) sendiri menegaskan agar umat Islam di Malaysia menjaga negara kita dari pemikiran luar yang ingin memecahbelahkan umat Islam :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

Panel seterusnya iaitu Dr Azwira Abdul Aziz di dalam artikelnya mengenai Selawat Syifa' (dengan menolak total penjelasan dari Ulamak yang membenarkannya) cuba menyangkut pautkan selawat syifa' dengan hukuman SYIRIK. Lihat komentar yang diberikan oleh pendokong Dr Azwira Abdul Aziz di bawah kertas kerjanya bertajuk : Selawat Syifa' Satu Penilaian Semula

Sekiranya dilihat pengikut-pengikut Wahhabi Salafi di Malaysia yang menulis di dalam blog, jangan terkejut hukuman sesat bermain dalam tulisan mereka bersandarkan kepada Ulamak Saudi :

Buktinya :


1. Blog ini didapati membawa fahaman wahhabi salafi yang keras. Bahkan menghukum ahlu sufi sebagai sesat secara total. Rujuk :
[url]
http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/10/lagi-lagi-berkenaan-nyanyian-dan-muzik.html[/url]

2. Menghukum Jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai beraqidah kufur secara total. :

http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/02/apabila-al-ikhwan-al-muslimun-membuka.html



Blog ini ada dilinkkan oleh empunya blog MUWAHHIDUN di atas.

Menghukum sesat kepada majoriti Ulamak dan Umat Islam yang mengikut aliran asya'iroh di Malaysia dan seluruh dunia.

Rujuk : http://wahabiah.blogspot.com/2008/11/berhati-hati-terhadap-beberapa-fahaman.html

Ini perkataannya :


Banyak di antara penyimpangan-penyimpangan tersebut dilakukan oleh pembuat bid'ah untuk mempertahankan hujah-hujah palsu mereka dengan memperkenalkan faham-faham tertentu.

Kebanyakan siswazah dari universiti-universiti yang ada di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam pada masa kita sekarang ini, telah terpengaruh oleh guru-guru mereka yang berpegang pada fahaman Mu'tazilah, Asy'ariyah atau Maturidiyah dalam konsep 'aqidah dan manhaj


Blog ini kepunyaan seorang pelajar UITM iaitu Nawawi Subandi (nick di TKO - DREAMKILLER) berfahaman wahhabi salafi. Pernah menghukum Imam an Nawawi dan Imam Ibnu Hajar terkeluar dari Ahlu Sunnah Wal jama'ah.

Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya)

Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah

1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/

2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/

3. http://galeriniaga.blogspot.com/

4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Pendapat ekstrimnya ialah mengatakan selawat syifa' dan nariyyah itu syirik. Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. (dalam radio IKIM.FM, bahkan kumpulan Nasyid Hijjaz juga mengalunkan selawat ini. Ramai umat Islam mengamalkannya)

Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus : SUDAH DIJELASKAN DI SINI :

Selawat Syifa


 
Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz:

“Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.

(Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Sila rujuk laman blog ini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/050-bahaya-pemikiran-hasan-al-banna-di.html



P/s : Mengapa dalam seminar ini Dr Asri juga menyertainya ? Tajuk seminar yang dibawakan amat cantik dan sedap didengar, namun siapakah panelis yang membentangkan ? Apakah fahaman yang dibawa mereka ?

Wednesday, January 6, 2010

Orang Kristian Pun Menentang Penggunaan Kalimah “Allah”

Haru biru apabila isu yang meletup pada akhir tahun lepas, kini kembali panas. Ia bermula apabila majalan mingguan Herald-The Catholic Weekly, menggunakan perkataan “Allah” di dalam cetakan mereka. Jadi, setelah membaca ulasan-ulasan daripada para sahabat yang lain, maka saya memilih untuk mengemukakan tajuk ini. Lain dari yang lain…

Pada Ogos 2007, Tiny Muskens telah menyeru penganut Kristian untuk menggunapakai kalimah Allah. Tetapi usaha ini mendapat tentangan dari Kristian Proteston dan Katolik sendiri.

Antara pimpinan Kristian yang menentang ialah :

1. Presiden Liga Katholik Bagi Hak Agama dan Sivil berkata :

Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It’s not a good sign when members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion

2. Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Chruch, Gerrit de Fijter berkata :

I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver

3. Izzat Endrews penganut Kristian di Mesir berkata di dalam penulisannya :

Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah termaktub di dalam mana-mana kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim

Berita Penuh 16 Ogos 2007


Artikel Izzat Endrews


Ulasan Saya

Daripada pemerhatian dan pembacaan saya di dalam isu ini, saya membuat sedikit ulasan.

1. Penggunaan Kalimah “Allah” bukanlah isu yang sebenar, tetapi masalah yang paling besar ialah serangan pemikiran Kristianisasi yang cuba menyerap di dalam pemikiran orang Islam. Akhirnya ramai yang keliru di antara Islam dan Kristian.

2. Penggunaan Kalimah Allah oleh mereka akan menyebabkan manusia melihat Kristian dan Islam adalah sama, sedangkan Islam bersumberkan daripada Allah, dan Kristian bersumberkan kepada Bible yang telahpun dipesongkan.

3. Dimanakah ketegasan kita mempertahankan keDaulatan Islam? Kalau sebelum ini kerap kita meraikan agama lain, tetapi adakah kita meraikannya sehingga membenarkan mereka menyentuh sensitiviti Islam itu sendiri?

4. Sebelum ini sudah banyak isu membangkitkan kebebasan beragama, tetapi isu ini ialah satu serangan mengganggu dan menjatuhkan Islam. Mereka bukan lagi inginkan kebebasan beragama, malah ingin memecahbelahkan Islam dan mengelirukan umat Islam. Masih berdiam?

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar


Isu Kalimah ALlah : Keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan 2008

Isu Kalimah الله

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه - رواه البيهقي



Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  • Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.



19 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiamenghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei 2008

  • Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
  • Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  • Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  • Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  • Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  • Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  • Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  • Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  • Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  • Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  • Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Bahrus Shofa, AlFanshuri

Saturday, January 2, 2010

Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama

Khalif Muammar*

Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar.

Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris. Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur'an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya:
"Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"."(al-Ikhlas: 1-4).
Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah 'berserah diri' kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata 'liberal' untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta'dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat'i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut "tampak" secara literalnya wujud dalam al-Qur'an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Persoalan nama Allah tidak boleh dilihat dari sudut fiqh sahaja khususnya kerana ia menyangkut aqidah. Ia mesti melibatkan kepakaran dalam bidang falsafah Islam, dan lebih spesifik metafizik Islam dan epistemologi Islam. Dalam perbualan peribadi dengan seorang tokoh pemikiran Islam, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, beliau memberitahu dan menyambung hujah Prof S.M.N al-Attas bahawa al-Qur'an telah merubah dan memperbaiki kekeliruan dan kerusakan yang telah terjadi kepada hakikat-hakikat penting yang berkisar di sekitar ketuhanan, kemanusiaan dan kejadian. Dalam hal ini yang terjadi ialah proses Islamisasi terutama tentang hakikat ketuhanan yang merupakan tiang seri agama Islam. Menurut beliau lagi sekarang ini yang kelihatan sedang berlaku ialah proses deislamisasi dengan membawa makna-makna yang asing dan berlawanan dengan aqidah dan pandangan alam Islam, samada aliran-aliran sekular atau dari agama-agama lain.

Prof Wan Mohd Nor juga berkata setiap istilah dalam semua bahasa mempunyai batas-batas makna yang sah yang mencerminkan pandangan alam tertentu, dan yang membezakan sesuatu istilah itu dengan yang lain. Persamaan yang banyak pun masih memerlukan istilah atau nama yang berbeza jika terdapat hanya satu perbezaan yang penting.


Sebab itulah semua bahasa-bahasa yang tinggi mempunyai kamus. Keldai, kuda, baghal banyak persamaan tetapi terdapat perbezaan; dua manusia kembar siam juga diberi nama yang berbeza. Orang bukan Islam boleh mempekayakan kamus peristilahan Bahasa Melayu dengan menggunakan nama lain bagi Tuhan mereka. Dalam konteks Kristian, mereka boleh gunakan Tuhan, Dewata, Deus, Theos, atau God. Selama ini gereja, kuil, sami, paderi, uskup dan lain telah memperkayakan Bahasa Melayu dan tidak menimbulkan kekeliruan dan kemarahan masyarakat yang beragama lain. Di sini jelaslah bahawa seseorang yang bercakap tentang persoalan aqidah mesti faham kaitannya dengan worldview, tasawur dan pemikiran Islam. Dalam hal ini, aqidah tidak hanya bermakna kepercayaan dan keimanan dalam ertikata yang sempit seperti biasa difahami oleh masyarakat umum, namun ia adalah satu set keyakinan yang dapat memberi kesan kepada cara berfikir (worldview) dan cara hidup (way of life) seseorang Muslim.

Kita juga perlu berfikir mengapa kaum Katolik ingin menggunakan nama Allah? Kita tidak boleh tertipu dengan hujah persamaan nama yang bagi sesetengah orang hanya bersifat luaran. Kita tahu pada hakikatnya nama Tuhan mereka bukan Allah. Nama Allah mungkin relevan bagi penganut Kristian di negeri-negeri Arab tetapi tidak di selain negeri Arab. Oleh itu jelas terdapat agenda yang tersembunyi yang tidak boleh luput dari perhatian umat Islam. Isu ini juga dibangkitkan dengan memanfaatkan toleransi dan dialog antara agama yang semakin mendesak ketika ini.

Tindakan membiarkan pihak Kristian menggunakan kalimat Allah bukan satu toleransi tetapi satu penggadaian hak dan kedaulatan. Ia adalah satu kerugian yang besar dan kelemahan yang nyata apabila umat Islam membiarkan penganut agama lain mendangkalkan konsep dan istilah penting dalam Islam. Perkataan Allah, solat, tawhid, rasul, bahkan istilah Islam itu sendiri membawa makna yang tersendiri setelah diislamisasikan. Kalimat-kalimat ini telah menjadi bahagian penting daripada pandangan sarwa Islam (Islamic worldview). Jika ia dikaburkan maka sudah tentu akan memberi kesan kepada pemikiran dan aqidah umat Islam.

Sesiapa pun yang ingin memahami persoalan ini perlu sedar bahawa beberapa istilah keagamaan tertentu telah menjadi 'milik' umat Islam. Sebarang tindakan meng-'import' nya boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dan pencabulan terhadap agama Islam. Istilah-istilah keagamaan mesti dihormati, dari agama manapun ia datang, oleh penganut agama lain. Toleransi mungkin berlaku jika wujud penghormatan terhadap agama lain. Nama dan istilah tertentu seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dalam agama-agama tertentu tidak boleh digunakan sewenang-wenang oleh penganut agama lain. Ini bukan sahaja kerana ia telah sinonim dengan agama penggunanya tetapi juga kerana kalimat ini telah diwarnai atau mengandungi pandangan sarwa penggunanya.

Oleh itu tindakan Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 2007 melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong dan orang-orang agama tidak sepatutnya mengeruhkan lagi keadaan. Umat Islam mesti mempertahankan nama Allah untuk tidak digunakan oleh orang bukan Islam selagi termampu. Masyarakat Islam di negeri-negeri Arab tidak mempunyai kemampuan untuk mempertahankan hal ini kerana ia berlaku secara halus dan di luar kawalan mereka. Kebelakangan ini tampaknya ketidaksepakatan orang Islam dalam hal ini telah membuka ruang kepada Herald Tribune untuk menggugat keputusan Kementerian tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa jika dilihat dari sudut falsafah dan pemikiran, dan bukan hanya dari sudut fiqh, kita akan melihat bahawa nama memberikan seribu makna. Jauhnya perbezaan antara Allah dengan Tuhan ibarat langit dengan bumi. Jelaslah isu ini bukan isu perebutan nama tetapi isu yang menyangkut jantung aqidah. Ia juga berkaitrapat dengan pendangkalan makna Allah untuk menjustifikasikan pluralisme agama. Kita tidak boleh membiarkan pendangkalan makna tersebut berlaku tanpa penolakan umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab semua ilmuwan Islam untuk menentang segala usaha mendangkalkan makna dalam Islam.

*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.

Pengunaan Nama ALlah Oleh Agama-agama Lain

Sehingga Mac 2009 polimik penggunaan nama Allah berterusan di Malaysia apabila Gereja Kristian di Malaysia mahu menggunakan nama tersebut dalam penerbitan mereka di atas dakwaan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan. Dalam konteks Malaysia, Islam sebagai agama rasmi di negara ini, telah mempunyai beberapa peraturan untuk menjaga kesucian agama Islam dan ia dijamin juga oleh perlembagaan. Bahkan di negeri-negeri, Raja-Raja Melayu memiliki kekuasaan untuk menjaga isu-isu agama termasuklah hak esklusif penggunaan nama Allah untuk agama Islam.

Perdebatan berkenaan dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain mengundang dua pandangan berbeza di kalangan umat Islam samada di kalangan ahli agama, mahupun masyarakat awam.

Terdapat golongan memandang nama ‘Allah’ sememangnya digunakan oleh al-Quran untuk menceritakan bagaimana kepercayaan umat-umat terdahulu. Sebagai contoh, dalam surah Luqman, ayat 25. Allah SWT bermaksud:


Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.


Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat 61, Allah SWT berfirman bermaksud:

Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan, nescaya mereka mengatakan Allah. Justeru kenapakan mereka berpaling (dari) mentauhidkan Allah?


Golongan ini mengatakan bahawa al-Quran sendiri menyebut bahawa masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ‘Allah’ untuk tuhan.

Pada saya, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dalam memperbahaskan isu penggunaan nama Allah.

Pertamanya,

kitab-kitab agama-agama langit terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab, justeru tidak timbul langsung penggunaan istilah ‘Allah’ untuk agama-agama langit seperti ‘Yahudi’ dan ‘Kristian’. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa konsep tauhid agama tersebut yang asal ialah kepercayaan kepada Allah SWT walaupun telah diselewengkan oleh para pendeta dan paderi. Hakikat bahawa kitab-kitab Yahudi dan Kristian bukan berbahasa Arab iaitu taurat dan injil (bible), keduanya tidak menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk tuhan mereka. Sebaliknya Islam tidak pernah menggunakan istilah yang mereka gunakan terhadap Allah sebagai nama kepada tuhan di dalam ajaran Islam.

Keduanya,

ayat-ayat yang disebutkan di atas adalah berkaitan dengan ayat-ayat sebelumnya. Contohnya, ayat 23 dan 24 Surah Luqman menceritakan orang-orang yang kufur terhadap Allah SWT dan mereka ditimpakan dengan azab yang pedih. Justeru, di kalangan mereka yang kufur (menyembah selain dari Allah SWT), jauh di sudut hati mereka mengakui adanya tuhan yang esa yang menjadikan langit dan bumi. Ini tidak menandakan orang-orang kafir menggunakan lafaz Allah dan menyembah Allah sebagai tuhan mereka.

Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat sebelumnya menceritakan rahmat Allah.
Sekiranya ditanya kepada orang-orang kafir siapakah tuhan mereka, nescaya mereka akan mengatakan Allah. Namun mereka tetap berpaling. Iaitu mereka masih berpaling dengan tidak meyembah Allah SWT
.
Justeru, ayat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan tuhan mereka ialah Allah SWT.


Ketiganya,

kemungkinan ada pandangan mengatakan ‘orang-orang Arab Jahiliyah’ menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada ‘tuhan’. Benarkah begitu? Sebaliknya orang-orang Arab sebelumnya banyak menggunakan perkataan ‘ilah’ untuk merujuk kepada tuhan, contohnya ilah latta dan ilah al-uzza.

Sebaliknya, al-Quran datang menggunakan perkataan ‘Allah’ dan bukan perkataan ‘ilah’ bersama penafian Allah itu mempunyai anak, dan penafian Dia mempunya pembantu yang terdiri dari ilah-ilah yang lain sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 91 yang bermaksud:

Dan tidaklah Allah mempunyai anak, dan tidaklah bersamanya tuhan yang lain (sebagai pembantu). Oleh itu, sekiranya setiap tuhan memutuskan keputusannya sendiri, nescaya sesetengahnya di atas sesetengah yang lain (menguasai yang lain), mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan.


Keempatnya, umat Islam perlu mempertahankan penggunaan nama ‘Allah’ hanya untuk orang-orang Islam kerana beberapa sebab, antaranya:

i. Antaranya penggunaan perkataan ‘Allah’ telah melalui proses penyucian dari segala kesyirikan yang muncul dari zaman selepas nabi-nabi sebelumnya sehingga hari ini sehingga diiktiraf sebagai tuhan orang-orang Islam. Sila lihat kamus-kamus moden bagi membuktikan perkara ini. Justeru itu, membenarkan penggunaan istilah itu kepada bukan Islam adalah satu tindakan ke belakang untuk kembali ke zaman penggunaan nama Allah yang dipenuhi kesyirikan. Sekaligus, ia mengenepikan usaha al-Quran yang berulang kali menafikan sifat-sifat kesyirikan (mempunyai anak dan pembantu-pembantu) yang ada pada zat Allah SWT.

ii. Berpegang pada pandangan bahawa dalam al-Quran menyebut orang-orang kafir menggunakan penggunaan nama Allah, adalah pandangan yang cetek. Tidakkah mereka membaca bersama bahawa al-Quran berulang-kali mensucikan nama ‘Allah’ dari bersifat dengan sifat kelemahan.

iii. Kalau benarpun, ada penggunaan ‘Allah’ sebelum Islam, ia adalah nama umum, yang kemudiannya menjadi nama khusus untuk tuhan orang-orang Islam setelah melalui proses mensucikan nama Allah SWT dari segala sekutu yang tidak layak untuknya.


Semoga membantu kita memahami kepentingan isu ini. Untuk tidak mengulang perbahasan lanjut, saya suka juga merujuk kepada artikel di bawah yang boleh dijadikan rujukan dalam isu ini.

Sekian, wallahu a’lam.

Dr Asmadi
4 Mac 2009