Monday, March 23, 2009

Cinta kepada harta ertinya bakhil; cinta kepada perempuan ertinya alam; cinta kepada diri ertinya bijaksana; cinta kepada mati ertinya hidup; dan cinta kepada Tuhan ertinya taqwa. (Hukama)
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya,
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya. (Pantun Melayu)
Manusia tidak mampu merubah bentuk mukanya, tetapi kalau dia mahu, dia mampu mempercantikkan budinya (Hamka)
Bahawa orang yang beriman tidak keluar daripada mulutnya kata-kata yang keji (Hamka)
Jangan dipandang orang yang berkata, tetapi pandanglah kata-katanya, kerana hidup manusia dan fikiran manusia serta pendapat murni mereka merupakan tafsir daripada firman suci Tuhan semata-mata (Ahli sufi)
Bahawa lidah (kata-kata) yang lepas dan hati yang tertutup penuh dengan kelalaian dan keinginan yang rendah-rendah adalah alamat kemalangan yang besar. (Imam al Ghazali)

Syair Syauqi Bey :


Peliharalah untuk dirimu sendiri,
Sebutan yang baik,
Sebab sebutan yang baik itu,
Adalah umur yang kedua bagi manusia.
Kata-kata yang keluar dari hati, akan masuk ke dalam hati. Tetapi kata-kata yang cuma keluar dari lidah, tidaklah akan sampai ke hati, hanyalah sehingga kulit telinga (Pujangga Amir Abu Qais)
Berhati-hati apabila mengungkapkan kata, walaupun sedang duduk seorang diri. Kerana tidak ada kata yang lepas dari pandangan Tuhan (Hamka).
Bahawasanya buku dan majalah cabul yang tersebar luas itu adalah akibat kecabulan masyarakat. Semakin lama buku itu semakin bertambah laku, semakin ia disembunyikan di pinggir jalan , semakin ramai pembelinya. (Hamka)
Membaca buku-buku di petang hari, tilawatil quran di antara maghrib dan isyak dan tahajud serta munajat selepas tengah malam adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian. (Hamka)
Hanya orang yang berbudi tahu akan budi (Budiman)
Gunakanlah peluang dan kelapangan kamu untuk menanam budi supaya menjadi simpanan semasa susah dan peninggalan di akhirat kelak (Hukama)
Kita dilarang takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi pekerti. Gila hormat dilarang, tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan hidup.
(Imam al Ghazali)
Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita measakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang emulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

(Assyahid Imam Hassan al Banna)