Friday, November 6, 2009

Muhasabah Untuk Dr Asri 2

Orang yang berilmu tinggi amat berhati-hati sebelum mengeluarkan perkataan. Kerana perkataan itulah yang menyebabkan binasanya manusia. Ramai manusia yang bermusuhan, berbunuhan hanya kerana disebabkan lisan.

Di dalam hikmah menyatakan :
Lisan itu ibarat harimau. Jika harimau itu dilepaskan maka tentu akan menerkam anda. Tetapi jika anda ikat , harimau itu akan menjaga anda.




Kami masih teringat perkataan tuan :

Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: Klik Di Sini

Orang tahu anda ada ijazah, Kalau tak tunjukkan pun orang tahu. Dan takkan hilang pun ilmu anda dan kewibawaan tersebut.

Begitulah, bila dahulu perlekehkan ulamak lain, perlekehkan mufti lain. Mungkin ALlah nak tunjukkan sesuatu pada Dr Asri.

Mengapa perlu ditunjuk Ijazah itu..

Mengapa ada memorandum sehingga seramai itu NGO yang membuatnya.

Mengapa didedahkan akhirnya siapa Dr Asri

Ditunjukkan juga siapa yang mahu berfikir, dan siapa yang hanya menerima sahaja membuta tuli.

Mengapa beliau perlu mempertahankan dirinya,

Mengapa juga ramai yang menyokong di dalamnya adalah parti politik semata-mata bahkan SIS yang diketahui adalah amat memusuhi al Quran dan Hadith. Sehingga pernah menyatakan Al Quran perlu ditafsirkan semula.

Cantik teguran ALlah itu, buat dia, buat kita semua.

Wahabi Tidak Sesat Tetapi...

Mashitah: Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahabi sebagai sesat 
 
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk "Pendermaan Organ dari Perspektif Islam" di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai "sensitif", berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

"Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru. Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang lebih serius. Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung," katanya.

Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya, berkata: "Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhatihati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan orang agama mahu pun masyarakat yang melihat.

"Kita di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi. Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara."

Turut hadir pada seminar tersebut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustafa dan Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie.
Terdahulu, mengenai pendermaan organ, Dr Azmi berkata sehingga Oktober tahun ini, seramai 134,000 orang telah mendaftar dan berikrar untuk menjadi penderma organ dan 19,000 orang pesakit buah pinggang dicatatkan sehingga bulan yang sama.

"Dari jumlah ini, Melayu adalah kumpulan yang terendah untuk tampil mendermakan organ. Ini adalah kerana meraka kurang pendedahan atau pemahaman mengenai pendermaan organ," katanya.

Othman dalam ucapannya pada seminar itu pula berkata agama tidak menghalang untuk menderma organ dan antara faktor penghalang seseorang Muslim untuk menderma organ adalah kerana rasa takut.

Beliau berkata walaupun pendermaan organ seperti jantung dan kornea dibolehkan dan difatwakan pada tahun 1970, namun jumlah individu Islam yang menderma amat kecil berbanding mereka yang beragama lain. BERNAMA

Jawapan dari JAKIM mengenai Fahaman Wahhabi yang membawa mujassimah :

Nama
:
.
Abu lehyah.
E-Mel
:
musufism_addeen@yahoo.com.
Kategori
:
AKIDAH




SUB KATEGORI
Tauhid/Iman/Mazhab

Tarikh Hantar Soalan
:
03/07/2008 07:18 PM
Soalan
:
Istilah "Allah Maujud Tanpa Bertempat" adalah akidah Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam,para sahabat, para tabi'en, ulamak muhadditsin, fiqh dan tasauf.Soalan saya, bagaimanakah pula yang mengatakan Allah duduk di atas Arasy seperti sifat makhluk-Nya dan mendakwa Allah bertempat?.
Jawapan
:
Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah. Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.
Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:
كان الله ولا مكان
Maknanya: Allah ada tanpa tempat
.
Status
:
Selesai - Paparan Web.
.Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 090708
Tarikh Selesai
:
09/07/2008 12:18 PM


Sumber : Baheis