Showing posts with label Minda Islah. Show all posts
Showing posts with label Minda Islah. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Prof Dr Hamka Dan Tasawwuf




Penyertaan Ulama Berwibawa ke TQN Suryalaya

Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Hamka

‘’Hamka’’ adalah ringkasan dari nama penuhnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Lahir di desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, pada tanggal 16 Februari 1908 atau bertepatan dengan 13 Muharram 1326 H.

Siapa sangka mantan pemimpin Pertubuhan Islam Muhammadiyah Buya Hamka ternyata mengikuti Thoriqoh Qodiriyah Naqsabandiyah dari Pondok Pesantren Suryalaya. Ketua MUI ( Majlis Ulama Indonesia ) pertama ini berbaiat kepada Abah Anom, mursyid thoriqah dari Pesantren Suryalaya Tasikmalaya lebih kurang pada awal tahun 1981. Ketika itu ayahanda Alfaqir, Hj Saleh Khan berada di Suryalaya menziarahi Abah Anom dan beliau mengkhabarkan kami bahawa apabila upacara baiát mengambil tempat, Abah dan Hamka masuk ke ruang pekarangan keluarga dan di tutup pintunya agar tidak di lihat-lihat orang semasa baiát di jalankan nanti. Ini cara terhormat bagi para ulama mengambil baiát.

Perkara yang sama ini juga dilaporkan oleh Dr Sri Mulyati, pengajar tasawwuf UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, baru-baru ini, sambil berkata : ‘Ini penelitian pribadi saya ketika menyelesaikan disertasi, ada fotonya ketika Buya Hamka berbaiat dengan Abah Anom.

Ketika Buya Hamka berkunjungan ke Singapura pada tahun 1981, alfaqir sempat mendengar ceramahnya di Masjid Muhajirin, masih teringat jelas kata-katanya dan penjelasannya yang menunjukkan beliau sudah berbaiát dengan Abah, ketika dalam ceramahnya beliau berkata :

‘Dalam berzikir kepada Allah ada kaifiatnya kemana di palingkan kepalanya, dari bawah dahulu kemudian ke atas, lalu ke kanan dan kemudian ke kiri. Bukan sebarangan..mengeleng ketika lafaz nafi, meng ‘ia’ ketika lafaz isbat.., .beliau berkata secara gurauan’- lebih kurang maknanya.

Majlis tersebut adalah majlis ceramah beliau terakhir di Singapura yang dihadirikan oleh ribuan para jamaah yang mengejarnya untuk bersalaman, alfaqir berjaya dalam gelutan manusia untuk bersalaman dengannya...alhamdulilah.

Mantan Ketua Umum Fatayat NU - Dr Sri Mulyati menuturkan, Buya Hamka sendiri pernah berujar di Pesantren Suryalaya Tasikmalaya bahwa dirinya bukanlah Hamka, tetapi Hampa. Katanya lagi : ’Saya tahu sejarahnya, saya tahu tokoh-tokohnya, tetapi saya tidak termasuk di dalamnya, karena itu saya mau masuk’. Akhirnya beliau masuk, karena mungkin haus spiritual. Buya Hamka berkata: ‘diantara makhluk dan kholik itu ada perjalanan yang harus kita tempuh. Inilah yang kita katakan thoriqoh.’

Hamka memang dikenali memahami dunia tasauf. Salah satu karyanya adalah Tasawuf Modern, yang mengupas dunia tasawuf dan penerapannya pada era modern ini. Masih ada satu lagi karya tasaufnya yang terakhir belum dicetak. Buya Hamka wafat pada 24 bulan Julai tahun 1981 bertepatan dengan bulan Ramadhan dalam umurnya 73 tahun masehi. Seluruh ikhwan TQN Indonesia, Singapura dan Malaysia menunaikan solat Ghaib baginya sebagaimana yang diminta Pondok Pesantren Suryalaya.

Tersebut kisah dalam facebook teman saya bernama Nen Maarof bahawa......"

Buya Hamka pulang dari Mekah dan melawat Pondok Persantren Suryalaya (PPS). Katanya mendapat petunjuk Baginda saw agar melawat seorang hamba ALLAH yang ikhlas. Bila tiba di PPS..didapati..kiyai mursyid disitu "sempoi" sahaja...tak berjubah, serban dan berjenggot macam fahamnya tentang sunnah. Para santri yakni muridin pun biasa saja...

Maka dimohon izin untuk membetulkan keadaan pada pak kiyai mursyid itu...Maka dikisahkan 3 hari 3 malam..Buya Hamka asyik bagi ceramah jer...pelbagai ilmu khasnya tasauf yang mencakupi sunnah dan adab dicurahkan...pelbagai kesilapan pada persepsi beliau cuba dinasihati dan diperbetulkan..

Sehinggalah pada hari Buya Hamka ingin pulang...maka Pak Kiyai Mursyid pun memeluknya dan berkata..."Ucapan jutaan terima kasih atas banyak ilmu yang telah dicurahkan....tapi Abah mohon Buya katakan pada Abah...bagaimana mahu diamalkan semuanya...Abah sendiri tidak mampu, apatah lagi para santri sekalian...mohon ditunjuki ya Buya..."

maka ketika itu...tiba tiba..Buya Hamka tersedar..dn menangis terisak isak serta melutut pada Pk Kiyai Mursyid..."benar Abah...ilmu yang banyak tidak guna jika tak dapat diamalkan....Maka sekarang saya pula mohon Abah tunjukkan sebaik baik amalan...Maka Buya Hamka pun ditalqinkan dengan kalimah Ikhlas...La Ila Ha Ilal ALLAH"

Akhir hayat...sebelum Buya Hamka meninggal...beliau pergi berkhalwat khusus pada Muryid di PPS...maka seminggu sebelum masa itu tiba..Maka Kiyai Mursyid menyuruhnya pulang ke rumah....Selesaikan segala urusan wasiat pada keluargamu...dan tumpukan tawajuh sepenuhnya agar baik serta mulia kembalinya...masamu selepas solat Jumaat.

Maka selesai solat jumaat...maka kembalilah Buya Hamka ke rahmatullah...dengan akhir kalam kalimah ikhlas yang dimuliakannya sebagai amalan harian....Cuma mejadi isu kerana jari telunjuk kananya masih gerak gerak sedangkan doktor sudah mengesahkan kematiannya.....seperti isyarat bertasbih.

Maka dilaporkan pada Kiyai Mursyid. Maka Kiyai Mursyid dengan tersenyum.. menghantar wakilnya....Setibanya sang wakil...lantas memberi salam pada jenazah..dan mengatakan.."udah udah..ruhmu dan nyawamu sudah kembali..jasadnya harus tenang...jangan mencarik adat..." maka hentilah jari yang bertasbih itu.

Al Fatihah kepada Buya Hamka...semoga digolongkan dalam golongan solihin. Amin.Amin Amin.-Tamat nukilan dari Nen Maarof

Penyertaan Buya Hamka ke Thoriqah Qodiriyah Naqsyabandiyah Pondok Pesantren Suryalaya bukan sahaja satu pencapaian murni bagi Buya Hamka sahaja, demi rohaninya, tapi ianya juga salah satu karomah Abah Anom... gai mana menumpahkan keinsafan kedalam diri manusia, apalagi ulama.

Ini gambar Buya Hamka di beri Abah sebatang tongkat dan sebuah jubah.

Posted by Mohamad Ghouse Bin Mohd Saleh Khan Surattee at 9:28 PM 0
http://ghousekhan.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

Friday, August 26, 2011

Jika Dengan Orang Bukan Islam Anda Dapat Bertoleransi, Mengapa Dengan Saudara SeIslam Anda Musuhi ?

Dalam kehangatan dakwaan berlaku usaha memurtadkan umat Islam oleh penganut agama lain, sebuah NGO Perlis mengambil pendekatan menganjurkan majlis berbuka puasa dan makan malam melibatkan semua wakil komuniti agama di negeri itu.

Menurut Persatuan Al-Islah Perlis, program sebegitu perlu diperbanyak untuk memupuk keharmonian penganut pelbagai agama, sekali gus meminumumkan konflik dan prasangka sesama.

Dalam majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mufti negeri itu, selain dihadiri mufti Dr Juanda Jaya, sekurang-kurangnya 10 wakil agama daripada gereja, wat Siam, kuil Hindu dan Buddha terlibat.

Majlis tersebut diadakan di pusat pengajian persatuan itu di Perlis di Mata Ayer, Perlis petang semalam.

"Sebagai umat Islam yang berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, Persatuan Al-Islah terpanggil untuk menganjur majlis ini dalam usaha mempromosikan dialog antara pelbagai agama dan budaya.

"Mengambil semangat bulan Ramadan, matlamat majlis ini adalah mengukuhkan kedamaian dan keharmonian di negeri Perlis," kata NGO itu dalam kenyataannya lewat malam tadi.

Paderi: Hargai persabahatan
Ketika orang Islam berbuka puasa, hadirin non-muslim diraikan dengan hidangan makan malam meliputi 15 jenis makanan, termasuk hidangan vegetarian bagi menghormati penganut agama tertentu yang tidak memakan daging.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Sementara itu, Dr Juanda (kiri) yang juga penasihat persatuan itu dalam ucapannya menegaskan penganjurkan majlis itu tidak ada niat tersembunyi selain untuk "membentuk perpaduan dan menghilangkan syak.”

"Tidak ada paksaan dalam agama maka Islam menghormati hak agama-agama yang lain. 

"Jauhi perbuatan menghina agama lain. Jangan menyentuh sensitiviti agama lain yang dijamin oleh perlembagaan,” katanya.

Sementara itu program tersebut disambut baik wakil pelbagai agama yang hadir.

"Lain kali, saya akan datang lagi berbuka puasa dengan anda sekalian. Saya hargai persahabatan yang ditawarkan dengan mengundang saya," kata paderi Lim Wai Ming dari Gereja Kayangan.

Wakil kuil Arulmigu Arumugasmawy Devasthanam Kangar P Narayanasamy berkata dengan kahadiran itu mereka kini dapat memahami bagaimana orang Islam berbuka dan menghormati Ramadan.




Admin : Jika dengan sesama orang bukan Islam Dr Juanda boleh bertoleransi, kami Umat Islam amat berharap menerima juga pandangan mazhab yang lain (ini saudara anda yang seISLAM yang mengucap La ilaha illaLlah) untuk membaca doa qunut, berzikir beramai-ramai selepas solat di masjid-masjid, surau di negeri Perlis.

Jangan lupa Doktor... Orang miskin di Perlis silalah dibela, ajak sekali mereka iftar bersama-sama. Jangan dinafikan zakat yang berhak mereka terima. 

Thursday, May 19, 2011

Bila 'Pakar Hadith' Mengajar Berbohong ? Mengapa Ada Yang Masih Mengikutnya ?

Masih Ingat Lagi ?


Ini adalah dakwaan Dr Asri tentang upacara Telah Air Ludah Ustaz (itupun bukan dari penyelidikan yang dibuat olehnya sendiri tetapi orang lain) :

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=print&sid=7020

Apabila disiasat oleh JAIS rupa-rupanya :

SHAH ALAM 1 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan dakwaan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tentang 'upacara telan air liur ustaz' yang dikatakan berlaku di sebuah masjid di Selangor sebenarnya tidak wujud.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan di sebuah masjid di Ampang baru-baru ini, kariah yang terlibat hanya melakukan upacara minum air zam-zam di dalam cawan secara bergilir-gilir dan ia mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Ikuti berita selanjutnya di sini :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm


Sebelum ini Bekas Mufti ini pun pernah MUNGKIR JANJI (pertemuan tertutup antara Persatuan Peguan Syarie Malaysia berhubung memorandum membantah Dr Asri menjadi YDP YADIM)

Ini adalah kenyataan penuh Persatuan Peguam Syarie Malaysia :

PGSM kesal bekas mufti mungkir janji

Berita Harian 7 November 2009

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal atas tindakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikatakan memungkiri janji selepas membuat kenyataan media berhubung pertemuan antara kedua-dua pihak, kelmarin.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata dalam pertemuan yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz di ibu negara itu, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan konflik bagi kepentingan umat Islam dan tidak membuat kenyataan media bagi mengelakkan kekeliruan.

“Kami kesal dengan tindakan Mohd Asri mungkir janji dengan memberi kenyataan kepada media berhubung pertemuan itu dan ia jelas tidak menghormati menteri sebagai orang tengah.


“Kami juga kesal perbincangan yang dibuat secara tertutup itu boleh didedahkan kepada media termasuk penyiaran gambar daripada sumber pihak yang tidak bertanggungjawab, ” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan pada sidang media di bangunan Sekretariat PGSM di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kenyataan Mohd Asri bahawa PGSM memohon maaf dan menarik balik tuduhan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau juga menuntut PGSM melakukan permohonan maaf itu secara terbuka.

Sementara itu, Mohamad Isa berkata, pihaknya tetap mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong yang turut ditandatangani 13 NGO Islam berhubung bantahan terhadap penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Mohd Asri.

Baca di sini :

http://peguamsyarie.org/?p=1251

p/s : Malanglah orang yang kononnya menjunjung al Quran dan Sunnah tetapi sebenarnya membelakangkan al Quran dan Sunnah. Fikir-fikirkan!

Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=128924113791955

Wednesday, March 23, 2011

Hukum Berakad Nikah Di Masjid - Ust Abu Muhammad

Jangan jadi orang yang sembrono mengeluarkan hukum. Asal Nabi tak buat terus menghukum sesat dan masuk neraka. Paling dahsyat terus menyamakan perbuatan tersebut dengan Yahudi dan Kristian (Rasulullah dan salafussoleh pun tak pernah mengajar kaedah sebegini) - LIHAT FATWA AJK MUFTI PERLIS 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya geng pendakwa "kami ikut sunnah, hok lain semua ahli bid`ah", telah menimbulkan satu isu lagi untuk diperselisihkan umat Islam dalam negara kita. Apa yang tidak sedapnya ialah apabila dengan mudahnya membuat tuduhan bahawa perbuatan mengadakan akad nikah perkahwinan dalam masjid adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.... Allahu ... Allah .... laser..laser.

Marilah kita kembali merujuk kepada para fuqaha kita untuk mengetahui sebenaq-benaqnya hukum mengadakan akad nikah dalam semejid (baca: masjid jangan dibaca samjid). Kalu kita bukak telaah kitab fiqh mazhab Syafi`i kita, antaranya yang hok mudah didapati lagi banyak manfaat dan berkatnya, karya waliyUllah Sidi Abu Bakar ad-Dimyathi rahimahUllah iaitu "Hasyiah I`aanathuth Thaalibin" jilid 3 halaman 315 kita dapati ibaratnya sebagai berikut:-

....... iaitu dan DISUNNATKAN agar akadnikah itu dilakukan dalam masjid. Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah dalam "Tuhfah" menyatakan: Ini adalah kerana ada suruhan (baca: anjuran) dengannya sebagaimana khabar yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabrani. Iaitu "Hebahkanlah pernikahan ini, laksanakan ia di masjid-masjid, palulah kompang-kompang dan seseorang daripada kamu buatkanlah kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing...."
Selain Imam ath-Thabrani rahimahUllah, Imam at-Tirmidzi turut meriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi" juzuk 2 halaman 247 sebagai berikut:-

Daripada Sayyidatina 'Aisyah radhiyAllahu 'anha menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:"Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang."
Imam at-Tirmidzi rahimahUllah menilai hadits ini sebagai hasan gharib, di mana seorang rawinya yang bernama 'Isa bin Maimun dipandang sebagai seorang yang dhaif. Sungguhpun begitu, beliau meriwayatkannya daripada Ibnu Abu Najiih seorang yang tsiqah. Hadits yang diriwayat oleh Imam ath-Thabrani yang tersebut dahulu juga tidak lepas dari perselisihan muhadditsin. Sebahagian muhadditsin seperti al-Hafiz as-Sakhawi dan al-Ajluni menilainya sebagai hasan, manakala sebahagian lain menilainya sebagai dhaif. Oleh itu pihak yang menghukumkan sunnat berakadnikad di masjid mempunyai sandaran antaranya hadits-hadits tersebut, dan tidak mustahil ada sandaran-sandaran lain yang tidak kita ketahui kerana kecetekan ilmu kita.

Mengenai hukumnya dalam mazhab-mazhab lain, maka tersebut dalam "Mawsu`ah al-Fiqhiyyah" sebagai berikut:-

Bahawa adalah pernikahan tersebut diakadkan dalam masjid. Ulama al-Hanafiyyah dan asy-Syafi`iyyah menghukumkan MANDUB untuk melaksanakan akad pernikahan dalam masjid, kerana hadits: "Hebahkanlah akan pernikahan ini, laksanakanlah ia di masjid-masjid dan palulah untuknya kompang-kompang." Ulama al-Malikiyyah menghukumkannya sebagai JAIZ.
Begitulah hukumnya melangsungkan upacara akadnikah dalam masjid. Maka tuduhan bahawa ianya menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW adalah suatu tuduhan melulu tanpa usul periksa dan perlakuan biadap kepada para ulama muktabar yang menghukumnya sebagai sunnat atau setidak-tidaknya harus. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan upacara pernikahan di masjid, sayogia diberikan perhatian yang sungguh-sungguh agar kesucian dan kehormatan masjid tidak dicemari. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya bagi kita semua sebagaimana para ulama kita terdahulu.

*********************************************************
La ingatkan orang Mesia je yang sibuk nak akad kat masjid,
rupa-rupanya idak.............................

..... kat Damanhur
 

...kat Khartoum
 

...kat Yaman
 

... kat Mesir
 

... dalam Masjidil Aqsa pun deme buat
 

... laaa geng "salafi" Timur Tengah pun buat isy isy isy.....

Wednesday, December 22, 2010

KOMEN DR ASMADI: TIADA NAS LARANG NON-MUSLIM JADI PEGUAM SYAR'IE? ATAU DR JUANDA TAK JUMPA ‘NAS’?

KOMEN DR ASMADI: TIADA NAS LARANG NON-MUSLIM JADI PEGUAM SYAR'IE? ATAU DR JUANDA TAK JUMPA ‘NAS’?

Tiada nas atau Dr Juanda tidak menjumpai nasnnya? Atau Dr Juanda tidak menjumpai syarahan ulama silam terhadap dalil-dalil yang berkaitan isu ini? Saya coretkan ulasan saya terhadap pandangannya dalam tulisan berwarna kuning. Selamat membaca. Artikel aslinya ada di website di bawah. http://malaysiakini.com/news/151256



TIADA NAS LARANG NON-MUSLIM JADI PEGUAM SYARIE
Dr Juanda Jaya

Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.

Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali.

Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang).


Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya

Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah (kepimpinan).

Isu perwakilan, bukan kepimpinan

Kalaulah ayat walayah (kepimpinan) digunakan dalam hal ini, maka akan berlaku kacau-bilau urusan kenegaraan di Malaysia. Pemikiran ala-Taliban dan ekstrim seperti ini tidak wajar wujud di Malaysia.

(Dr Asmadi: Ini bukan teknik ilmiah dalam berhujah. Bila berlawanan pendapat, menuduh ala-Taliban dan ekstrim. Tidak sepatutnya Mufti keluarkan perkataan ini. Ini susah jadi mufti kalau tak cermat).


Akan timbul kelak persoalan, apakah sah lantikan para menteri bukan Islam bagi membantu menguruskan orang Islam, apakah sah para ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dilantik dari kalangan non-Muslim?

Sudah tentu kekecohan akan berlaku. Dan kekecohan ini akan bermula dengan perkara kecil seperti soal wakalah non-Muslim untuk menjadi peguam bagi urusan orang Islam.


(Dr Asmadi: Dr Juanda mengkiaskan isu ini dengan suatu suasana pemerintahan yang bukan sepenuhnya mengikut kehendak Syara’ dan dalam keadaan umat Islam lemah, lalu dijadikan hujah untuk membenarkan Peguam Syar’ie, walhal kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya berada dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Malangnya Dr Juanda menutup pemikirannya pada persoalan ini).

Bahkan menurut pandangan Mazhab al-Syafie sendiri yang menjadi mazhab rasmi Malaysia, menerusi pandangan ulama dan kitab yang sentiasa menjadi rujukan ulama di Malaysia, al-Imam al-Sharbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa seorang lelaki Muslim boleh mewakilkan seorang kafir dalam urusan menceraikan isterinya yang Muslimah.

Hal yang sama turut disebut oleh para ulama lain seperti al-Dasuqi dari kalangan mazhab Maliki dan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama mazhab Hanbali.

Ulama mazhab Hanafi lebih terbuka dalam hal ini. Inilah pandangan sebenar jumhur (majoriti) ulama dalam hal ini. Hanya mazhab Syiah yang tidak membenarkan.

Urusan wakalah guaman adalah termasuk urusan keduniaan sesama manusia. Sikap Islam dalam urusan sesama manusia adalah amat terbuka dan toleransi, kerana ia bukan soal akidah dan ibadah.

(Dr Asmadi: Dr Juanda lebih mengkiaskan urusan Guaman Syar’ie kepada urusan jual beli atau wakil lafaz cerai. Di atas nama urusan keduaniaan sesama manusia. Benarkah begitu? Dia terpengaruh dengan pembahagian yang selalu dia pakai: Pertambahan dalam ibadah bid’ah, sdalam kehidupan dibolehkan. Inilah bahayanya pembahagian umum sebegini. Pembahagian ulama-ulama silam bahawa bid’ah terbahagi kepada 5 hukum adalah lebih selamat yang menunjukkan bid'ah ada juga yang terlarang dalam persoalan bukan ibadah.

Hukum nikah kahwin ialah urusan sesama manusia yang ada suruhan Syarak, maka hukum asalnya ialah haram. Maka tidak boleh dikatakan ada ikatan, sehinggalah ada bukti ikatan perkahwinan berlaku, maka perlu kepada saksi Muslim. Tapi perceraian, hukum asalnya ialah dipermudahkan berdasarkan hadis, 3 perkara betul-betul padanya adalah betul, main-main melafazkannya juga dikira betul (sah). Atas alasan itu ulama membenarkan wakil orang kafir kerana Syarak melonggarkan persoalan perceraian!


Sebaliknya, persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesame manusia yang juga ada panduan Syarak. Namun hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’ (mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih kepada kelonggaran dan keharusan!)


Undang-undang Mesir


Oleh itu, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa 'ammah Ahli al-'Ilm (keseluruhan ulama) menyatakan boleh dan sah orang kafir menjadi wakil orang Islam dalam urusan sesama manusia kecuali dalam beberapa masalah wasiat dan wakaf. Hal seperti ini yang sepatutnya diperincikan.

(Dr Asmadi: Kena perincikan pandangan Ibn Qudamah ini. Dr Juanda Tidak boleh menggunakan tag ‘urusan dunia’ yang Ibn Qudamah guna tu untuk menghalalkan pandagannya)


Undang-undang mahkamah di Mesir memberikan kebenaran kepada non-Muslim menjadi wakil mereka dalam urusan guaman di mahkamah.
Pasti juga para ulama al-Azhar di sana melihat nas dan pandangan ulama yang dinyatakan tadi demi kerukunan dalam hidup bernegara di antara Muslim dan non-Muslim.

(Dr Asmadi: Sejak bila undang-undang Mesir mengikut Syarak? Yang kita tahu mereka berfahaman sosialis. Sejak bila pula ulama-ulama Azhar berperanan menggubal undang-undang Mesir? Sebab Itu al-Sanhuri boleh berhijrah ke alam Fiqh Islam menggunakan teori kehakiman sekular yang ia miliki. Kalau adapun pada masalah undang-undang keluarga).

Malaysia pernah digemparkan suatu ketika dahulu masalah perebutan jenazah yang dipertikaikan status keislamannya di Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil.

Muncul suara pada ketika itu membenarkan non-Muslim memfailkan di Mahkamah Syariah tuntutan mereka yang ingin mendapatkan jenazah saudara mereka yang didakwa sebagai masih kekal dalam agama asal mereka.

Kita menarik nafas lega dengan wujud sedikit keterbukaan mahu membenarkan non-Muslim menuntut keadilan bagi diri mereka di Mahkamah Syariah pada waktu itu. Keterbukaan seperti ini wajar dikembangkan.

Syariat Islam menawarkan keadilan kepada semua pihak. Inilah keindahan dakwah Islam yang menjanjikan rahmat untuk semua manusia dan ia bukan untuk dibolot oleh satu golongan sahaja.

(Dr Asmadi: Ya, kita setuju bahawa orang Non-Muslim boleh menuntut haknya dengan menggunakan peguam Muslim).


Sangkaan timbul hasil prejudis

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Bukankah Ali bin Abu Talib RA pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang Yahudi?

Yahudi itu dibenarkan untuk membela dirinya di Mahkamah Islam pada waktu itu sehingga Ali bin Abu Talib RA kalah kepada Yahudi itu dalam soal tuntutan mereka.
Bukankah ini suatu bentuk guaman dan pembelaan diri bagi mendapatkan keadilan di mahkamah Islam yang memberikan hak kepada semua golongan?

(Dr Asmadi: Ini bukan dalil boleh melantik peguam Syar’ie di kalangan orang Non-Muslim. Sebaliknya ini adalah dalil setiap orang Non-Muslim berhak mempertahankan diri. Persoalannya, bolehkah menggunakan dalil ini untuk membenarkan perlantikan Peguam Syar’ie Non-Muslim, kemudiannya orang Islam akan melantiknya? Adakah Dr Juanda akan pasti, kita boleh juga menggubal undang-undang melarang orang Islam melantik Peguam Syar’ie yang Non-Muslim. Pasti semakin menampakkan prejudis!)


Jelasnya, tidak ada nas yang sarih (jelas) lagi sahih melarang non-Muslim menjadi peguam syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah Islam. Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan bukan Islam.

(Dr Asmadi: Inilah masalahnya bila kita menyempitkan istinbat hukum kepada al-Quran dan sunnah, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan banyak cara untuk mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan ruh Syarak. Hujjah dan dalil dlm Syariah Islam bukan hanya al-Quran & sunnah. Di situnya keperluan kembali kpd ijma', qiyas (bukan qiyas ma'a al-fariq), qaul sahabi dan lain-lain dengan juga melihat 'kesan-kesan tindakan' kpd fatwa (ma alat al-af'al).

Bila seseorang hanya mengkhususkan sumber hukum pd al-Quran & sunnah, bila tiada 'nas', mereka akan menggelabah menggunakan akal dgn alasan tiada 'nas'. Akhirnya, dlm banyak perkara kita menggunakan akal dan tidak berpegang kepada ruh Syariah. 


Sepatutnya isu-isu bidang kehakiman dikiaskan dengan isu-isu berkaitan hakim dan saksi, bukan dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Sebab hukum asal jual beli adalah harus, tapi hukum asal dalam kehakiman adalah tathabbut (mendapatkan kepastian), hukum asal pada al-abda' (kemaluan/nikah kahwin) adalah haram).

Anggapan boleh berlaku penghinaan kepada mahkamah dan non-Muslim tidak boleh dibicarakan adalah soal teknikal yang boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan ke mahkamah lain yang boleh mengendalikannya.

(Dr Asmadi: Kata-kata Dr Juanda juga prejudis iaitu “Segala sangkaan dan anggapan akan berlaku kemudaratan adalah timbul hasil sikap prejudis dan mahu menindas golongan Non-Muslim”. Agak-agak siapa nak mengambil tindakan terhadap sikap prejudis Dr Juanda terhadap keputusan fatwa ni. Ada undang-undang, tapi kekadang kita tidak mampu mengambil tindakan kesemuanya. Alangkah baik, kaedah sadd al-zari’ah digunakan).


Kalaulah sistem yang ada didapati boleh menafikan keadilan itu, maka rujuklah kepada Islam yang sebenar yang menawarkan keadilan untuk semua.
Islam tidak silap! Yang silap adalah penafsiran manusia yang tidak mahu faham dan tidak mahu berkongsi rahmat keadilan Allah SWT untuk semua manusia.

(Dr Asmadi: Kepada Dr Juanda, bila kita tidak membenarkan orang Non-Muslim menjadi Peguam Syar’ie, bukan bermaksud kita mahu menindas mereka. Keadilan mesti ditegakkan walaupun untuk orang-orang bukan Islam.

 
Alangkah baiknya sekiranya Dr Juanda dan JAKIM menghalusi persoalan ini dengan mengkiaskan dengan persoalan al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-Mutarjim (penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam. Adalah tidak sesuai mengkiaskan persoalan kehakiman ini kepada urusan jual-beli.

Saya memetik kata-kata Ibn Qudamah (sebab Dr Juanda memetik kata-katanya) mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan Islam menjadi penulis (al-Katib) di sisi Hakim kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah dari urusan agama, mereka (Non-Muslim) kebiasaannya mengkianati umat Islam dalam urusan agama dan membawa kefasadan, demikian juga Penulis kepada Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia, maka kita dilarang memuliakan mereka”. Jadi, ada dua isu iaitu urusan kehakiman juga adalah urusan agama dan memuliakan mereka dengan jawatan yang mulia ini. Peguam Syar’ie kan mulia sifatnya. Tidak membenarkan mereka menjadi Penulis, bukan bererti kita mahu menzalimi mereka dalam urusan kehakiman! Masalahnya ialah Dr Juanda hanya berpegang ibadah sahaja urusan agama kerana terlalu terpengaruh dengan pembahagian bid’ah!


Lihat pula, kata-kata al-Imam Malik berkaitan dengan kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam kitab Tabsirah al-Hukkam: Maka hendaklah menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua orang, adalah lebih baik).

Jadi, mana lebih penting atau lebih mulia antara Peguam Syar’ie dan Penterjemah pada pandangan Dr Juanda? Atau Dr Juanda samakan Peguam Syar’ie dengan wakil-wakil urusan jualbeli macam di Tesco, Giant atau syarikat MLM lain.

Wallahu Ta’ala a’lam. Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq sebagai pemegang amanah ilmu di bumi Allah ini. Dan semoga Allah SWT menyelamatkan umat dari kegelinciran orang-orang yang mengaku ulama).

Dr Juanda Jaya ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga merupakan felo pelawat di Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

Sumber  : http://drasmadinet.blogspot.com/2010/12/komen-dr-asmadi-dr-juanda-peguam-syarie.html

Tuesday, November 30, 2010

Sanggahan Kepada Dr Asri Mengenai Artikel : Jantung Bukan Hati



Jawaban Kepada Dr. MAZA [Jantung Bukan Hati].

Pof. Madya Dr. MAZA berkata tentang Jantung Bukan Hati . Atas nama ahli “akademik serba tahu”, maka Dr. MAZA mengesahkan kekeliruannya untuk difahamkan kepada masyarakat umum. Inilah kebejatan ulama Islam Progresif yang dilaungkan oleh Dr. MAZA untuk mencelikkan minda masyarakat kononya yang berguru dengan manusia-manusia pondok berkitabkan kitab-kitab kuning yang berhabuk.

Lalu, alFaqir kumpulkan perbincangan para ahli akademik daripada kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Malaysia yang terdiri daripada Dr. Asmadi Mohd Naim, Dr. Farid Shahran, Prof. Dr. Fauzi Hamat, Ustaz [Mujahid Yayasan Sofa] juga para asatizah lain yang dikasihi. Dalam kata mudah, MAZA dengan 1 suara, kami Ahlus Sunnah Wal Jamaah hadir hujjah secara muzakarrah.

Petikan dari buku ISLAM AND SECULARISM by S.M.N. AL-ATTAS. (KL: ISTAC, 1993) tentang al-Qalb.

Since reason is a projection of the intellect, it functions in conformity with the intellect, which is a SPIRITUAL SUBSTANCE inherent in the SPIRITUAL ORGAN OF COGNITION known as the ‘HEART’ (AL-QALB)…..p. 35

Ma’rifah as ‘knowledge’ is both right cognition (‘ilm) and right felling or spiritual mood (hal); and the former, which marks the final stages of the spiritual ‘stations’ (maqamat), precedes the latter, which marks the beginning of the spiritual ‘states’ (ahwal). So, ma’rifah marks the spiritual transition-point between the spiritual station and the spiritual state. As such, and since it is KNOWLEDGE THAT COMES FROM GOD TO THE HEART (QALB) and depends entirely upon Him, it is not necessarily a permanent condition unless continually secured and fortified by ibadah……….p. 71, footnote 76.

It is implicit in our exposition that Islam is both belief and faith (iman) as well as submission in service (islam); it is both ASSENT of the HEART (QALB) and mind (‘aql) confirmed by the tongue (lisan) as well as deed and work (‘amal)………p. 72

…and certainty in man and perceived by his SPIRITUAL ORGAN known as the HEART (AL-QALB). It is peace and security and tranquility of the heart; it is knowledge, and knowledge is true belief; it is knowing one’s rightful, and hence proper, place in the realm of Creation and one’s proper relationship with the Creator; it is a condition known as ‘adl or justice…p. 75

Thus, God reveals Himself to the rational soul, which possesses ORGANS OF SPIRITUAL COMMUNICATION AND COGNITION such as the heart (qalb), which knows Him; the spirit (al-ruh), which loves Him; and the secret or inmost ground of the soul (al-sirr), which contemplates Him……….p. 82

Agaknya apa yang MAZA akan terjemah dengan AL-IMAN HUWA AL-TAQRIR BI’L-LISAN WA-‘L-TASDIQ BI’L-QALB?

Teringat Prof. Al-ATTAS menempelak golongan literalis yang menterjemah istilah A’MA yang terkandung di dalam ayat 72 surah al-Isra’ sebagai BUTA MATA (fizikal).

“but those who were blind in this world, will be blind in the Hearafter, and most astray from the path”.

Imam Ghazali dalam kitab Ajaib al-Qalb menyatakan bahawa qalb digunakan dengan dua makna:

Pertama: Seketul daging berbentuk “Sanaubar” “PINE” terletak di sebelah kiri dada. Daging yang unik yang mempunyai rongga, di dalam rongga tersebut darah hitam, ianya tempat terbit ruh dan tempat kediamannya…….

Kedua: Ciptaan halus, rabbani, kerohanian… mempunyai hubungan dengan qalb jismani yang pertama…. Ianya ialah hakikat manusia, yang sedar, mengetahui, yang mukallaf, dituntut ………….

Kesimpulan

Daripada penggunaan yang pertama, terjemahan qalb jismani ialah jantung. Namun Imam Ghazali tidak meletakkan fokus syariat terhadapnya kerana qalb jismani ialah tempat perbahasan doktor perubatan.

Fokus syarak ialah qalb dengan makna kedua. Pemerhatian terhadap terjemahan Melayu ialah terdapat dua penggunaan lafaz hati. Pertama dengan makna kedua yang dikehendaki oleh Imam Ghazali. Oleh itu masyarakat Melayu mengatakan hati sanubari. Sifat sanubari ialah berasal daripada lafaz “sanaubar” iaitu bentuk seperti buah pine……. Lafaz hati juga digunakan dengan merujuk kepada “liver”.

Oleh itu, Sifat sanubari dalam penggunaan pertama digunakan untuk mengelakkan pemahaman hati dengan terjemahan (liver). Darah hitam yang dinyatakan oleh Imam Ghazali merujuk kepada tempat syaitan sebelum hati dibersihkan dengan nur zikir.

Pentafsiran qalb sebagai jantung menafikan seluruh makna agama yang dibawa oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, kerana intipati tujuan agama adalah untuk mengangkat martabat ruhaniah manusia. Dan hati yang bersifat ruhaniah itulah yang menjadi asas kepada kebaikan akhlakiah manusia. Penekanan tentang makna jasmaniah istilah qalb menjadikan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai humanis/sekular yang melihat kebaikan manusia hanya dari aspek jasmaniah. Imam Al-Ghazali dalam Kitab 'Aja'ib al-Qalb di samping tidak menafikan aspek jasmaniah qalb ternyata menekan aspek ruhaniah yang menjadi intipati kemanusiaan dan mengangkat manusia dekat pada Tuhan.

Yang lucu penulis [Dr. MAZA] mengatakan terjemahan 'you are in my heart' sepatutnya 'awak di dalam jantung ku', bukan hatiku. Ini bermakna awak sebenarnya berada dalam ketulan darahku yang jasmaniah itu!

Inilah bahana literalis..

Pembuktian Asri tentang qalb adalah jantung berpandukan hadith sememangnya tersasar daripada pemahaman sediakala umat Islam.

Jika dilihat pada keterangan hadith tersebut, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menyebut ‘jasad (fi al-jasad)’ yang tepat difahami sebagai ‘jism’. Mafhum ‘jasad’ ini berbeza daripada ‘badan’ yang bermaksud ‘selain kepala’. (mu’jam al-wasit). Jika diandaikan jantung adalah anggota paling utama pada ‘jasad’ yang bermaksud jisim, ternyata ianya salah kerana jisim adalah umum, termasuklah jawhar (zarah); arad (sifat luaran); falaki (astronomical) , bagaimana bentuk dan fungsi jantung pada perkara-perkara ini? Tetapi jika diandaikan jantung pada ‘badan’ maka benar ia (jantung) anggota paling utama. Justeru mafhum ‘jasad’ pada hadith menjurus kepada jisim yang maknanya berlainan daripada apa yang difahami pakar internist atau physician dan Asri sendiri sebagai jantung, hati (liver) dan sebagainya daripada organ dalam badan manusia.

Melihat kepada kalimah ‘mudghah’ pada hadith yang diibaratkan sebagai seketul darah (alaqah), ia (mudghah) masih tidak menyifatkan jantung atau hati/liver kerana mudghah disifatkan al-Qur’an sebagai intipati yang membentuk/bertukar menjadi tulang (fakhalaqna al-mudghata izaman). Apakah jantung/liver itu tulang? Bahkan intipati/mudghah ini disifatkan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai ajba al-zanb (ajba denga huruf ain) sebagaimana sabda Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud: setiap anak Adam dimamah oleh tanah melainkan ajba al-zanb (tulang kecil diakhir sulbi), daripadanya dia dijadikan, dengannya dia menunggang.. .(muslim) ...

Melihat kepada penggunaan ayat Saiyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam pula yang bermaksud: apabila ia elok, maka eloklah jasad seluruhnya, dan apabila ia rosak... Bagaimana jasad/badan akan jadi elok jika hanya bergantung kepada jantung/liver yang elok? Asri telah mengetahui fungsi jantung sebagai organ mengepam darah (aduw/jihaz dakha al-dam), tetapi dia keliru untuk memahami bagaimana jasad/badan akan jadi elok jika darah yang dipam itu adalah tidak sihat, berkolesterol, gula tinggi dll? Tidakkah tepatnya darah yang elok, maka eloklah badan!

Jika Asri mengerti hadith yang dibawakan dalam lingkungan penceritaan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam berkenaan qalb seperti sabda baginda yang bermaksud: Ya (Allah) Yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati (sanubari) ku di atas agama mu...(al-Tirmizi) ; Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga, memasukkan sesiapa sahaja dengan rahmatNya, dan dimasukkan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian Dia berfirman: Lihatlah kepada sesiapa yang kamu dapati dalam hati (sanubarinya) iman sebesar benih yang kecil (isti’arah min khardal), keluarkannya [dari neraka]...(muslim) ... maka Asri tidak akan membuka pekung di dada membuktikan dia seorang yang naif mengenal qalb nuraniyah dengan qalb adwiyah sehingga menyamakannya (aqlb nuraniyah) sebagai kabid/kibdah.

Tidakkah tepat apabila difahami; apabila elok hati nurani (niat) maka eloklah jasad akhlak (amalan) seluruhnya, dan apabila rosak hati nurani (niat) maka rosaklah jasad akhlak (amalan) seluruhnya.

Saya biasa sebut dengan para pelajar saya tentang perkataan 'hati' ini, bila kita kata 'sakit hati' ia tidak merujuk kepada hati fizikal, dengan maksud kalau di bedah hati orang yang 'sakit hati' pasti ianya tidak luka pun, namun ungkapan 'sakit hati', 'busuk hati', 'makan hati', 'hati mati', 'hati-hati' dan sebagainya sebenarnya merujuk kepada hati ruhaniah manusia yang hanya akan 'sihat' dengan 'tazkiyah nafs', zikir, taubat dan lain-lain amalan keruhanian.

Justeru, ini diantara ratusan bukti mengapa pentingnya menyerahkan ilmu kepada ahlinya. Betapa sikap menafsirkan Al-Quran, Hadith, kalam para ulama secara literalis tanpa asas ilmu yang utuh bakal mencampakkan manusia yang bertaqlid buta untuk cepat percaya kepada kata-kata manusia pendusta atas nama agama.

WALLAHU'alam.

5 Jamadilawwal 1431H
20042010

Sumber  :

http://almukminun.blogspot.com/2010/11/jawaban-kepada-dr-maza-jantung-bukan.html

Tuesday, October 26, 2010

Teguran Ke Atas Sebahagian Kekeliruan Dalam Artikel Mohd Nidzam Bin Abdul Kadir

NASIHATUL-UMMAH LI-KASHFIL-GUMMAH: SUATU TEGURAN KE ATAS SEBAHAGIAN KEKELIRUAN DALAM ARTIKEL MOHD. NIDZAM BIN ABDUL KADIR...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي لا إله إلا هو رب العالمين
والصلاة والسلام على سيدنا محمد الأمين
وعلى ءاله وأصحابه أنصار الدين
ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ولا شبيه ولا نظير ولا مثيل له
وأشهد أن محمداً عبده ورسوله وحبيبه وخليله
أمّا بعد

SUATU TEGURAN KE ATAS SEBAHAGIAN KEKELIRUAN DALAM ARTIKEL MOHD. NIDZAM BIN ABDUL KADIR DI KOLUM TAUHID DALAM MAJALAH SOLUSI, ISU NO. 14, YANG BERJUDUL “TANGAN” DAN “WAJAH” ALLAH: ANTARA SALAF DENGAN KHALAF
1. Dengan rendah diri teguran ini didahulukan dengan permohonan maaf sekiranya menyinggung perasaan penulis artikel tersebut, dan dengan doa semoga kita sama-sama berada di dalam petunjuk Allah taala. Tulisan ini diterbitkan di blog ini mengandungi teguran di atas artikel Mohd. Nidzam bin Abdul Kadir dalam kolum Tauhid yang bertajuk “Tangan” dan “Wajah” Allah: Antara Salaf dan Khalafdalam majalah Solusi (Isu no. 14) di halaman 97 – 98 yang mula diedar pada bulan Disember 2009.

2. Dengan tegasnya, teguran ini diajukan adalah semata-mata demi menjunjung perintah Allah agar melaksanakan al-amr bil-ma^ruf wan-nahy ^anil-munkar, dan mengelak diri dari menjadi syaitan bisu. Saya tidak ada sebarang kepentingan peribadi dalam teguran saya ini, bahkan demi kepentingan kesucian agama kita Islam yang tercinta.

3. Saya terdorong untuk membuat teguran secara terbuka ini setelah Mohd Nidzam tetap mengulangi kesilapan dan kekeliruan yang sama di TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustaz pada 28 Mac 2010 (Ahad)selepas saya membuat teguran secara tertutup melalui email sebelum itu dengan harapan beliau membuat pembetulan.

4. Antara kekeliruan dan kesilapan beliau yang telah disebarkan di media massa ialah beliau berserah kepada makna zahir untuk memahami nas-nas mutashabihat.

5. Berikut adalah sebahagian teguran saya:

Di dalam majalah di atas Mohd Nidzam ada menulis:
“Dengan dua manhaj ini, insya-Allah kekeliruan akan hilang. Penerimaan terhadap dua manhaj ini akan lebih memberi kematangan ilmu. Toleransi terhadap dua manhaj ini sudah pun menjadi tradisi ulama sebelum kita. Antaranya apa yang tercatat dalam matan akidah Jauharah Tauhid berbunyi:
وَكُـلُّ نَصٍّ أَوْهَمَ التَّـشْـبِيـهَا أَوِّلْـهُ أَوْ فَـوِّضْ وَرُمْ تَنْزِيـهَا
“Dan setiap nas yang memberi waham akan tasybih. Takwilkan ia atau serahkan (kepada zahir) dan carilah akan tanzih
”. Intaha.

Di sini Mohd Nidzam telah menterjemah kalimah فوِّض dengan“serahkan (kepada zahir)”. Ini terjemahan yang janggal ke atasmatn Jawharatit-Tawhid. Beliau telah menterjemah matan tersebut tanpa merujuk kepada huraian para ulama seperti al-Shaykh Ibrahim ibn Muhammad al-Bayjuri dan al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Tamimi al-Safaqasi. Bahkan, terjemahan sebegini menyerupai huraian golongan Mushabbihah Mujassimah Wahhabiyyah dalam berinteraksi dengan nusus mutashabihat dan bukannya menurut pegangan ulama salaf.

Sebagai perbandingan terjemahan Mohd Nidzam dengan huraian yang benar, maka di sini saya membentangkan huraian matn Jawharatut-Tawhid oleh al-Shaykh Ibrahim al-Bayjuri dan al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Tamimi al-Safaqasi.

a) Al-Shaykh Ibrahim al-Bayjuri berkata dalam kitabnya Tuhfatul-Murid ^ala Jawharatit-Tawhid:
وقوله (أو فوّض) أى بعد التأويل الإجمالي الذي هو صرف اللفظ عن ظاهره, فبعد هذا التأويل فوّض المراد من النصّ الموهم إليه تعالى على طريقة السلف: وهم من كانوا قبل الخمسمائة, وقيل: القرون الثلاثة الصحابة والتابعون وأتباع التابعين
Maksudnya: “kata beliau [penulis] (atau serahkanlah) iaitu selepas takwil ijmali [takwil secara ringkas] yang ia mengalih lafaz dari [makna] zahirnya. Selepas takwil [ijmali] ini maka serahkanlah maksud nas yang diwahamkan itu kepada Allah taala menurut jalan [ulama] al-Salaf; iaitu mereka yang ada sebelum lima ratus tahun [selepas kewafatan Nabi Muhammad], dan ada pendapat [tempohnya sebelum] tiga ratus tahun [selepas kewafatan baginda] iaitu para sahabat, para tabi^in dan pengikut tabi^in”. Intaha.

Seterusnya, beliau berkata lagi:
وقوله (ورُم تنزيها) أي واقصد تنزيها له تعالى عما لا يليق به مع تفويض علم المعنى المراد, فظهر مما قررناه اتفاق السلف والخلف على التأويل الإجمالي لأنهم يصرفون النص الموهم عن ظاهره المحال عليه تعالى لكنهم اختلفوا بعد ذلك في تعيين المراد من ذلك النص وعدم التعيين بناء على الوقف على قوله تعالى (والراسخون في العلم) فيكون معطوفًا على لفظ الجلالة, وعلى هذا فنظم الآية هكذا (وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم) وجملة (يقولون ءامنا به) حينئذ مستأنفة لبيان سبب التماس التأويل, أو على قوله (وما يعلم تأويله إلا الله) وعلى هذا فقوله (والراسخون في العلم ...الخ) استئناف
Maksudnya: “Dan kata beliau [pengarang] (dan maksudkanlah tanzih [pensucian]) iaitu dan maksudkanlah tanzih [pensucian] bagi Allah taala dari perkara yang tidak layak bagi-Nya beserta penyerahan ilmu tentang makna yang dimaksudkan. Maka telah nyata daripada perkara yang kami telah tetapkan ialah kesepakatan [para ulama] al-Salaf dan al-Khalaf di atas takwil ijmali [takwil secara ringkas] kerana mereka mengalih nas yang diwahamkan dari [makna] zahirnya yang mustahil ke atas Allah taala, namun mereka berselisih selepas itu dalam penentuan maksud dari nas tersebut dan tanpa penetuan lantaran terbina di atas waqf [1] di atas firman Allah:(والراسخون في العلم) , maka ia [iaitu lafaz al-rasikhun] menjadi ma^tuf kepada lafzul-jalalah. Berdasar [waqf] ini, maka ayat susunan ayat tersebut begini: (وما يعلم تأويله إلا الله والراسخون في العلم), dan frasa (يقولون ءامنا به) ketika itu adalah frasa musta’nafah [frasa permulaan] bagi penerangan sebab tuntutan takwil. Atau [waqf] di atas firman Allah: (وما يعلم تأويله إلا الله) dan berdasarkan [waqf] ini maka firman-Nya: (والراسخون في العلم ...الخ) suatu isti’naf [permulaan frasa baru]”. Intaha.

b) Al-Shaykh ^Ali ibn Muhammad al-Tamimi al-Safaqasi berkata dalam kitabnya Taqribul-Ba^id ila Jawharatit-Tawhid:
(وكلّ نصّ) من كتاب أو سنّة (أوهَم) باعتبار ظاهر دلالته، أي أوقع في الوهم (التشبيها) له تعالى بالحوادث، المستحيل على من ثبت مخالَفتُه للحوادث في ذاته وفي صفاته، فيجب تنزيه الباري تعالى عن ذلك الظاهر المستحيل عقلاً وشرعاً، ولذا قال: (أوِّله)، أي اصرفه عن ظاهره وجوباً
Maksudnya: “(dan setiap nas) daripada kitab [al-Quran] atau Sunnah (yang membayangkan [zat Allah]) dengan sebab mengambil kira zahir pendalilannya; iaitu berlakunya dalam khayalan (aqidah tashbih) kepada Allah taala dengan perkara-perkara baharu [makhluk] yang mustahil ke atas [Allah] yang thabit sifat keberlainan-Nya dengan perkara-perkara baharu [makhluk] pada zat-Nya dan pada sifat-sifat-Nya, maka wajib mentanzihkan [mensucikan Allah] al-Bari’ taala dari [makna] yang zahir yang mustahil itu secara dalil akal dan dan dalil syarak. Oleh itu, [pengarang] berkata: (takwilkannya) iaitu wajib alihkannya dari [makna] zahirnya.” Intaha.

Kemudian beliau berkata:
(أو) أوّله إجمالا لا تفصيلا، و(فوّض) الأمر في المراد منها تفصيلا إلى الله العليم الحكيم. وهذا مذهب السلف وهو أسلم لسلامته من التجاسر على تأويل المتشابه الذي لا يعلم تأويله إلا الله
Maksudnya: “(atau) takwilkannya secara ijmali [secara ringkas] yang bukan terperinci, dan (serahkan) urusan maksudnya [nas-nas mutashabihat] secara terperinci kepada Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Dan ini mazhab al-Salaf dan ia lebih sejahtera kerana kesejahteraannya dari menceroboh takwil [nas] mutashabih yang tidak siapa mengetahui takwilnya melainkan Allah”. Intaha.

Selanjutnya, beliau berkata:
وقال الشيخ الأشعري: هي أسماء لصفات لائقة معجوز عن تكييفها، لكن مع الإجماع على إحالة الظاهر المستحيل شرعا وعقلا كما يعلم مما سبق، ولذا قال الناظم رحمه الله: (وَرُمْ)، أي أقصُدْ (تنزيها) له جلّ وعلا عن ما لا يليق بكبريائه تعالى
Maksudnya: “Dan al-Shaykh al-Ash^ari berkata: “Ia nama-nama bagi sifat-sifat yang layak yang lemah untuk membagaimanakannya, tetapi bersama ijmak di atas memindahkan [makna] zahir yang mustahil secara dalil syarak dan akal seperti yang diketahui dari perkara yang terdahulu. Oleh itu, penyusun [manzumah ini] rahimahuLlah berkata: (kehendakkanlah) iaitu maksudkanlah (tanzih [pensucian]) bagi-Nya jall wa ^ala dari perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya taala”. Intaha.

c) Menurut terjemahan kitab Syarah Bagi Matan Jawharati-Tawhid oleh salah seorang ulama Melayu, matan tersebut diterjemahkan dengan katanya:
“Yakni tiap-tiap lafaz nas [al-]Quran yang amat tinggi atau hadith yang member iham pada kita di dalam zahirnya bagi hak Allah ta^ala maka dalamnya itu dua mazhab. Maka mazhab khalaf itu katanya engkau takwilkan akan dia dengan takwil yang patut bagi hak Allah ta^ala (dan) kata mazhab salaf itu engkau tafwidkan akan dia kepada Allah ^azza wa jall halnya, qasadkan me[n]sucikan Allah ^azza wa jall daripada makna yang zahirnya itu mustahil bagi Allah ta^ala. Dan iaitu ittifaq dua mazhab dalam takwilkan yang ijmak serta me[n]sucikan akan Allah ^azza wa jall daripada zahirnya nas. Dan ikhtilaf dua mazhab itu dalam takwilkan yang tafsil…”. Intaha.

d) Al-^Alim al-^Allamah al-Fahhamah al-Shaykh Zaynul-^Abidin ibn Muhammad al-Fatani yang masyhur dengan gelaran Tuan Minal Fatoni telah menterjemah matan tersebut dalam kitabnya ^Aqidatun-Najindengan katanya:
“Ertinya; dan tiap-tiap nas [al-]Quran atau hadith yang memberi waham ia akan tashbih Allah itu dengan baharu takwil olehmu atau serahkan olehmu akan pengetahuan itu kepada Allah dan qasad olehmu akan suci Alla ta^ala daripada menyerupai dengan segala yang baharu…”. Intaha.

Bahkan, sebelum terjemahan tersebut Tuan Minal turut menjelaskan hukum berpegang dengan zahir nusus mutashabihat dengan katanya:
“(Dan) telah lalu sebut orang yang berpegang dengan zahir segala ayat mutashabihat atau segala hadith mutashabihat itu jadi kafir. Maka sekarang hamba hendak menyebutkan jalan takwil demikin itu zahir atas dua mazhab, maka kedua[-dua]nya itu sebenarnya. Maka barangmana salah satu daripada kedua[-dua]nya apabila kita taqlid lepaslah kita daripada sesat…”. Intaha.

Oleh itu, maka huraian tiga orang tokoh di atas dapat disimpulkan bahawa:
1) Tafwid nas-nas mutashabihat bermaksud menyerahkan maknanya kepada Allah dengan makna yang layak dengan kebesaran-Nya. Inilah yang diistilahkan sebagai ta’wil ijmali.
2) Wajib mentanzihkan Allah dari makna zahir setiap nas mutashabihat menurut dalil syarak dan dalil akal.
3) Berpegang dengan zahir nas-nas mutashabihat membawa kepada menyandar sifat-sifat mustahil bagi Allah taala. Menyandarkan sifat mustahil kepada Allah adalah suatu kekufuran.

Oleh itu, para pembaca sekalian diminta berhati-hati ketika mendengar kata-kata Mohd Nidzam terutama dalam persoalan aqidah.

Kepada Mohd. Nidzam pula, saya memohon maaf sekiranya teguran secara terbuka ini menyebabkan anda tidak berasa senang dengannya. Ingatlah, teguran ini dibuat semata-mata ingin menjaga kesucian aqidah umat Islam dan bukan bertujuan untuk memburuk-buruk anda. Bahkan, ini sebagai peringatan kepada para pembaca dan pendengar kata-kata anda.

Sekiranya teguran saya ini mengandungi kesilapan fakta atau kekeliruan atau salah faham, sila buat teguran. Sekian. WaLlahu a^lam…

_______________________________

[1] Waqf dalam ilmu tajwid bermaksud menghentikan suara atau bacaan dengan mengambil nafas baru dengan niat untuk meneruskan bacaan.

Monday, July 26, 2010

RESPON ARTIKEL FITNAH KETUA PEMUDA PUM : kUMPULAN DAKWAH DIANGGAP BERDOSA, UMNO BAGAIMANA

Saya mengikuti Seminar Pemikiran 2, Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan bertindak juga sebagai pembentang pada hari kedua. Seminar sebenarnya berjaya menghuraikan hujah-hujah secara akademik terhadap isu-isu yang menjadi fitnah kepada Ahlussunnah wal jamaah dan cabaran yang sedang dihadapi tanpa menyentuh mana-mana parti politik di atas sifatnya akademik. 

Malangnya ada komen yang bertentangan dengan fakta seminar dikeluarkan oleh Harakah Online, pada 24 Julai 2010. Saya secara peribadi kecewa kerana akhbar ini mengeluarkan artikel yang berbau 'fitnah' oleh penulisnya (bukan penulis Harakah). Semoga Harakah sebagai akhbar Parti Islam, lebih berhati-hati menyiarkan di atas sifat 'fatabayyanu', apatah lagi penyokong PAS berada pada kedua-dua aliran. Kalau tidak ada sifat ini, apa beza Harakah dengan akhbar lain? 

Pada saya, ini adalah satu tindakan terancang pihak Wahhabi untuk mengaitkan mana-mana seminar dengan nama Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dengan mana-mana usaha menentang ekstremis dan wahhabi untuk menjadikan orang-orang PAS marah. Pernah nama Ustaz Hj Hadi dilibatkan sekali oleh golongan Wahhabi, apabila nama pemimpin mereka disebut sebagai mempunyai 'link' dengan ekstremisme. Setelah saya periksa dengan pihak pembentang, tidak ada pun nama Ustaz Hadi disebut dalam taklimat tersebut. 

Semoga anak muda ini lebih adil apabila membuat sesuatu komentar. Menggunakan nama PUM dan lulusan UM agak mencemarkan nama dua institusi tersebut kerana penulis telah membuat banyak fitnah yang besar kepada program tersebut.

Lihat komen saya di bawah:

Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana 
Mohd Dzul Khairi 

Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik.

Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini:
1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’ dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam.
(Dr Asmadi: Satu fitnah yang besar apabila tidak ada satu pun tuduhan takfir dalam seminar tersebut. Ahli panel hanya mengemukakan bagaimana golongan Wahhabi tersebut menyamakan ahlussunnah aliran Asyairah setara dengan musyrikin Makkah, dan bagaimana mereka juga dikatakan lebih buruk dari Yahudi! Pembentang-pembentang menjawab tuduhan-tuduhan Wahhabi terhadap Ahlussunnah. Bahkan ada juga pembentang mengkritik aliran Ashairah yang melampau dan menggunakan cara pihak lawan yang melampau kerana menggunakan takfir pada sesetengah ulama).

2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam. Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan.
(Dr Asmadi: Ini juga satu fitnah. Tidak ada sepatahpun nama Tuan Guru Nik Aziz dicerca apatah lagi mengkafirkannya dan mengkafirkan al-Qardhawi disebut dalam seminar tersebut. Bahkan seorang pembentang menyeru supaya TG Nik Aziz tidak sepatutnya ditolak pandangannya).

3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah status Umno pada pandangan mereka.
(Dr Asmadi: Membuat satu penyataan umum serangan terhadap kumpulan dakwah. Pembentang hanya menyatakan kelemahan sesetengah badan dakwah yang tidak menentu akidahnya. Tidak adapun tuduhan terhadap parti politik termasuk parti Pas atau Umno).

4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat.
(Dr Asmadi: Satu persepsi yang melihat semua usaha orang lain adalah negatif. Tetapi bila pihak yang lain, (mungkin penulis adalah pendokongnya), penulis tidak pernah membuat ulasan ini)

Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku.
(Dr Asmadi: Saya setuju, sepatutnya kita tidak perlu berbicara masalah ini. Namun disebabkan fitnah 'sesat- menyesat' dan bid'ah membid'ah', kita terpaksa memperkatakannya, sebab hujjah kena didatangkan dengan hujjah, jika tidak kesesatan dikatakan kebenaran).

Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah.
(Dr Asmadi: Tentang ayat-ayat mutasyabihat tu kena bicangkan juga mana yang betul mana yang tidak, kalau tidak, boleh rosak iman kalau sampai mentajsimkan Allah SWT. Namun, saranan ke arah menegakkan kalimah Allah, memang perlu diteruskan)

Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata.

Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama.

Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan, saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri.

Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme.

(Dr Asmadi: Satu lagi fitnah penulis, tidak ada pun 'takfir' terhadap dua tuan guru tersebut, dan tidak disebutpun nama mereka. Kelihatannya, penulis ingin menyeret nama dua tuan guru ini dengan gerakan ekstrimis yang membid'ahkan umat) 

Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi. Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia.


Sumber : Http://drasmadinet.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Orang Kristian Pun Menentang Penggunaan Kalimah “Allah”

Haru biru apabila isu yang meletup pada akhir tahun lepas, kini kembali panas. Ia bermula apabila majalan mingguan Herald-The Catholic Weekly, menggunakan perkataan “Allah” di dalam cetakan mereka. Jadi, setelah membaca ulasan-ulasan daripada para sahabat yang lain, maka saya memilih untuk mengemukakan tajuk ini. Lain dari yang lain…

Pada Ogos 2007, Tiny Muskens telah menyeru penganut Kristian untuk menggunapakai kalimah Allah. Tetapi usaha ini mendapat tentangan dari Kristian Proteston dan Katolik sendiri.

Antara pimpinan Kristian yang menentang ialah :

1. Presiden Liga Katholik Bagi Hak Agama dan Sivil berkata :

Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It’s not a good sign when members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion

2. Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Chruch, Gerrit de Fijter berkata :

I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver

3. Izzat Endrews penganut Kristian di Mesir berkata di dalam penulisannya :

Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah termaktub di dalam mana-mana kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim

Berita Penuh 16 Ogos 2007


Artikel Izzat Endrews


Ulasan Saya

Daripada pemerhatian dan pembacaan saya di dalam isu ini, saya membuat sedikit ulasan.

1. Penggunaan Kalimah “Allah” bukanlah isu yang sebenar, tetapi masalah yang paling besar ialah serangan pemikiran Kristianisasi yang cuba menyerap di dalam pemikiran orang Islam. Akhirnya ramai yang keliru di antara Islam dan Kristian.

2. Penggunaan Kalimah Allah oleh mereka akan menyebabkan manusia melihat Kristian dan Islam adalah sama, sedangkan Islam bersumberkan daripada Allah, dan Kristian bersumberkan kepada Bible yang telahpun dipesongkan.

3. Dimanakah ketegasan kita mempertahankan keDaulatan Islam? Kalau sebelum ini kerap kita meraikan agama lain, tetapi adakah kita meraikannya sehingga membenarkan mereka menyentuh sensitiviti Islam itu sendiri?

4. Sebelum ini sudah banyak isu membangkitkan kebebasan beragama, tetapi isu ini ialah satu serangan mengganggu dan menjatuhkan Islam. Mereka bukan lagi inginkan kebebasan beragama, malah ingin memecahbelahkan Islam dan mengelirukan umat Islam. Masih berdiam?

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar