Posted on Saturday, December 12 @ 15:29:05 PST Oleh SongkokPutih
Oleh: notan
"Assalamualaikum.
selawat dan Salam ke atas Junjungan,
Berikut sedikit hujah menyanggah artikal awal aku yang dikatakan "ngok" (yang setaraf bangang) dari seorang yang tidak setuju dengan persoalan yang aku lontarkan dalam artikal tersebut.Orang yang aku maksudkan ini adalah bayangan ADUKA TERUNA yang sering memperlekahkan ulamak genetik melayu dan mendakawa sudah jelek dengan hujah hujah yang tidak adil. Inilah komen beliau :
ok bro,lu dgr soalan wa.."prbicaraan dr asri nmpknye smakin mnarik prhatian ramai..beratus manusie dan umat dtg utk mnyokong beliau..dlm rmai2 tu,trselit yb zul dan yb saari..ape kaitan mereke?adekh dlm diam dr asri sdh mnyertai pr?sementare itu,dr asri telah dijemput oleh tok guru nik aziz ke kelantan,bg mnyatekn simpati dan sokongan tok guru trhadap beliau..adekh ini menandekn dr asri bakal sertai pas?atau myb dr asri akn dicadangkn utk meduduki jwtn penting pas kelantan?"
Aku ada minta beliau untuk menyalurkan maklumat dari apa yang didakwa di atas, jadi aku KIV dulu kes perkaitan Dr Maza, Marina dan Azwan ini.Lagipun aku sudah ada maklumat baru mengenai orang orang yang turut menyatakan sokongan kepada Dr. Maza yang seangkatan dengan Marina serta maklumat mengenai titah sultan Selangor yang kepada JAIS.
Untuk kali ini aku ingin mengajak semua untuk merenung satu dakwaan Dr. Maza bahawa hadis berkaitan Qalbul Quran riwayat Imam Tarmizi adalah palsu.Menurut Dr. Maza, Imam Tarmizi mengingatkan bahawa dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Harun bin Abi Muhamad,syaikul majhul -seorang yang tidak dikenali.Seterusnya Dr. Maza menyebut hadis ini disimpulkan palsu oleh para ulamak hadis yang yang menyemak sanad dan riwayat hadis ini tetapi malangnya beliau hanya menyebut seorang ulamak sahaja yang bernama Syeikh Muhamad Nasiruddin al Bani yang mengupas hadis ini melalui kitabnya, Silsilatul Ahadith al Maudu'uah wad-Dhaifah.Tidak pula disebut ulamak ulamak hadis lain yang menyatakan demikian.
Meninjau hujah Nasirudin, rupa rupanya beliau merupakan seorang ulamak yang menyama tarafkan hadis dhoif dan hadis maudu'(palsu) yang menyebabkan semua hadis yang terputus sanadnya yang diriwayatkan oleh para ahli hadis seperti Imam tarmizi secara umumnya dikatogerikan sebagai hadis palsu dan Dr.Maza mengikut pembahagian ini dalam menentukan satu satu hadis itu palsu atau tidak.Nampaknya kerja Dr.Maza sangat mudah, cuma rujuk kepada kitab Nasirudin untuk menentukan satu satu hadis itu palsu atau sahih.Seolah olah ulamak ulamak hadis lain tidak wujud dan perawian hadis menerusi sanad dan didengar sendiri oleh ahli hadis sudah tidak perlu dihormati lagi.Displin atau protokol ilmu hadis mengenai penjelasan sanad sudah tidak perlu dipakai.
Amat mudah bagi seorang yang hanya mengkaji hadis yang sudah ditulis oleh para ahli hadis untuk mensahih atau memalsukan hadis berkenaan berdasarkan hujah hujah mereka sendiri.Orang macam ini tidak perlu bersusah payah untuk mendengar hadis hadis yang dibacakan kepada mereka tetapi menggunakan susah payah orang yang berusaha mencari hadis yang dibaca dan dibukukan untuk membuat pembahagian itu.Inilah dasar Dr.Maza ketika memalsukan hadis ini sekaligus membidaahkan amalan orang melayu yang suka membaca surah yasin pada malam jumaat.
Tetapi agak pelik kerana Ibnu Tarmiyah yang didokong kuat oleh Dr. Maza tidak bersepakat denga Nasirudin mengenai hadis dhoif dan maudu' ini.
dalam kitabnya,Raf'ul Malam 'Anil A-immatil A'lam( ms 22/23) Ibnu Tarmiyah menyebut :
"Janganlah seseorang berkata, sesungguhnya hadith-hadith telah ditulis dan dikumpulkan, maka tiada yg tersembunyi lagi. Sebenarnya (kata-kata sebegini) tidak benar, kerana penulisan sunan-sunan yang masyhur ini berlaku selepas pupusnya Imam-imam yang menjadi ikutan ummah" Kemudian beliau berkata lagi: "Bahkan orang-orang sebelum dikumpulkan hadith-hadith ini, mereka lebih mengetahui dan arif tentang hadith-hadith berbanding golongan mutaakhirin. Sebab, kebanyakan hadith-hadith yang mereka perolehi dan soheh disisi mereka, ianya tidak sampai kepada kita melainkan daripada perawi yang majhul, atau dengan sanad yang terputus, atau tidak sampai kepada kita secara keseluruhannya.?Imam Ibnul Qayyim pula menyebut dalam kitabnya, 'I'lamul Mauqi'in' ketika menyebutkan usul Imam Ahmad b. Hanbal (1/25):
"Usul yang keempat, mengambil hadith mursal, dan hadith dhoif, jika tidak terdapat pada bab itu apa-apa yang boleh mempertahankannya, inilah yang lebih dirajihkannya daripada qias." Kemudian beliau menyambung kata-katanya: "Dan tiada seorang pun dari kalangan a-immah (Imam-imam) melainkan mereka bersependapat dalam usul ini dari segi keseluruhannya. Tidak ada seorangpun dari kalangan mereka melainkan mendahulukan hadith dhoif daripada qias."Itu belum lagi penghujahan ulamak ulamak lain seperti Imam Nawawi, Imam Ibnu Majar dan sebagainya.Tetapi Dr. Maza hanya menjadikan Nasirudin sebagai rujukannya sehingga sanggup mengabaikan peringatan Ibnu Tarmiyah dan Ibnu Qayyim yang turut menjadi sandaran tauhidnya.
Dari segi logiknya, kita terfikir adakah ahli ahli hadis seperti Imam Tarmizi ini lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith-hadith yang soheh dengan hadith-hadith yang dhoif atau maudu'(palsu)?
Demikianlah sedikit maklumat mengenai dakwaan aku bahawa Dr. Maza pernah memalsukan sebuah hadis riwayat Imam tarmizi dan aku tegaskan sekali lagi bahawa dakwaan aku itu bukan fitnah seperti didakwa oleh bayang bayang ADUKA dan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tulisan Dr. Maza mengenainya boleh melayari internet dengan menaip perkataan qalbul-quran di mana mana search engine.Satu lagi yang ingin aku tegaskan bahawa maklumat ini merupakan maklumat tahun lalu atau tahun tahun lalu yang masih segar dan boleh digunapakai untuk menggambarkan fikrah sebenar Dr.Maza, tiada perubahan dan tidak sempit.
Insyaalah , sebaik sahaja aku dibekalkan maklumat mengenai sokongan TGNA dan YB Shaari Sungip oleh bayang ADUKA, aku akan menulis lagi untuk mengupas isu ini dari beberapa perpektif termasuk perpektif ayat quran yang bermaksud "Taati ALLAH,Taati RASUL dan ULIL AMRI..............."
Sumber : Tranungkite.Net
kupasan yang sgt menarik.....moga2 dr asri ni mendapat hidayah Allah......
ReplyDelete