Tuesday, November 10, 2009

Dr Asri Menghina Pengajian Sifat 20 Dan Pengajian Sekolah Pondok

Saya terjumpa youtube ini disebarkan dalam shoutbox. Atas rasa ingin tahu, saya selusurinya :



Mungkin Dr Asri boleh jawab mengenainya.

Dan sebenarnya saya pun tidak hairan sekiranya ia benar-benar berlaku kerana sebelum ini pun Dr Asri pernah menghina pengajian Pondok dalam artikelnya dan membuat fitnah :

“Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya.”
Sila rujuk di sini : http://drmaza.com/home/?p=592

Mengapa ya, orang yang makin berilmu, belajar Hadith dan ada PhD bahkan bekas mufti sanggup mengatakan begini kepada pengajian ilmu agama yang lain ? Bukankah ini hanya akan memberi tanggapan negatif pada umat Islam dan juga orang yang bukan Islam ?

Setahu saya, sekolah pondok yang ada sekarang ini sudah semakin cantik dan seragam pembelajarannya, bahkan sebelum bekas Mufti ini membuat tuduhan tersebut.

Mungkin kita boleh lihat salah satu contohnya di Pondok Pasir Tumboh : http://www.al-bakriah.com.my/





1 comment: