Jika ikut dalam hadith menyentuh akhir zaman mafhumnya - umat Islam bagaikan buih di lautan, dan juga timbulnya penyakit sukakan dunia dan takutkan mati.
Islam itu sendiri sesuai dalam perkembangan masa dan waktu, ia dinamik, syumul. Perkembangan pemikiran, pendapat tidak dapat dihalang sesuai dengan peredaran zaman. Lihat kecerdikan sahabat RasuluLlah dalam memahami peredaran zaman dan kepentingannya melalui penghayatan aqidah, feqah dan akhlak. Makanya ada pengumpulan al Quran (bayangkan jika inisiatiif ini tidak pernah diambil berat dan difikirkan) ?. Semuanya tetap berlaku di dalam perancangan ALlah jua.
Dan kemudian adanya pembesaran masjidil haram, masjid an nabawi. Perkembangan teknologi dalam sektor pertanian, pembuatan. Begitu juga dalam sistem pendidikan - dari masjid dijadikan pusat, kemudian berkembang kepada pusat-pusat pengajian, sekolah, pondok, maahad, kolej, pusat pengkajian, penyelidikan. Tidak lupa juga sistem pembukuan hadith, serta kaedah-kaedah ilmu hadith dalam mengenal darjat hadith, kriteria periwayatan hadith. Penyusunan kaedah hukum yang dipelopori oleh Imam as Syafie darihal usul feqh.
Kita tidak dapat melupakan Kota Baghdad dahulunya adalah pusat ilmu pengetahuan semasa zaman Abbasiyah yang menghasilkan ribuan ulamak, cerdik pandai dalam pelbagai bidang yang memberi sumbangan pula kepada dunia barat yang ketika itu dalam keadaan Dark Ages.
Begitu jugalah darihal menjaga ketenteraman awam. Adanya tentera yang diberi gaji. Adanya pos2, tempat rehat untuk para musafir.
Ditambah lagi pada zaman ini banyak perkara baru yang memerlukan penjelasan dari sudut hukum dan juga memerlukan khidmat fikiran serta tenaga untuk memenuhi keperluan seiring dengan perkembangan zaman.
Perkembangan dan penemuan baru dalam bidang perubatan seperti cell stem, pengklonan, bayi tabung uji, pembedahan plastik. Semuanya bertujuan untuk mengimarahkan bumi ALlah dan objektifnya adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya.
Kejatuhan tamadun Islam (masih ada lagi peninggalannya sekurang-kurangnya pada yang masih lagi ingat dan ingin mengembalikan cahaya itu) tidak perlu ditangisi. Lihat apa yang kita hendak corakkan pada masa hadapan untuk umat Islam itu sendiri.
Islam itu dilihat bukan sahaja pada halal dan haram, sah dan batal - tetapi merangkumi seluruh sistem kehidupan yang membabitkan akhlak dan yang terpenting adalah aqidah.
Mengapa RasuluLlah menyebutkan orang yang bijak adalah yang paling banyak mengingati mati?
Jom islahkan fikiran dan perbuatan.
No comments:
Post a Comment