Monday, March 23, 2009

Cinta kepada harta ertinya bakhil; cinta kepada perempuan ertinya alam; cinta kepada diri ertinya bijaksana; cinta kepada mati ertinya hidup; dan cinta kepada Tuhan ertinya taqwa. (Hukama)
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya,
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya. (Pantun Melayu)
Manusia tidak mampu merubah bentuk mukanya, tetapi kalau dia mahu, dia mampu mempercantikkan budinya (Hamka)
Bahawa orang yang beriman tidak keluar daripada mulutnya kata-kata yang keji (Hamka)
Jangan dipandang orang yang berkata, tetapi pandanglah kata-katanya, kerana hidup manusia dan fikiran manusia serta pendapat murni mereka merupakan tafsir daripada firman suci Tuhan semata-mata (Ahli sufi)
Bahawa lidah (kata-kata) yang lepas dan hati yang tertutup penuh dengan kelalaian dan keinginan yang rendah-rendah adalah alamat kemalangan yang besar. (Imam al Ghazali)

Syair Syauqi Bey :


Peliharalah untuk dirimu sendiri,
Sebutan yang baik,
Sebab sebutan yang baik itu,
Adalah umur yang kedua bagi manusia.
Kata-kata yang keluar dari hati, akan masuk ke dalam hati. Tetapi kata-kata yang cuma keluar dari lidah, tidaklah akan sampai ke hati, hanyalah sehingga kulit telinga (Pujangga Amir Abu Qais)
Berhati-hati apabila mengungkapkan kata, walaupun sedang duduk seorang diri. Kerana tidak ada kata yang lepas dari pandangan Tuhan (Hamka).
Bahawasanya buku dan majalah cabul yang tersebar luas itu adalah akibat kecabulan masyarakat. Semakin lama buku itu semakin bertambah laku, semakin ia disembunyikan di pinggir jalan , semakin ramai pembelinya. (Hamka)
Membaca buku-buku di petang hari, tilawatil quran di antara maghrib dan isyak dan tahajud serta munajat selepas tengah malam adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian. (Hamka)
Hanya orang yang berbudi tahu akan budi (Budiman)
Gunakanlah peluang dan kelapangan kamu untuk menanam budi supaya menjadi simpanan semasa susah dan peninggalan di akhirat kelak (Hukama)
Kita dilarang takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi pekerti. Gila hormat dilarang, tetapi menjadi orang terhormat harus menjadi tujuan hidup.
(Imam al Ghazali)
Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita measakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang emulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

(Assyahid Imam Hassan al Banna)
Melayu

Melayu orang bijaksana,
Akhlaknya bersulam jenaka,
Budi bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Berkelahi cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Usman Awang
Kerapkali orang tua menyesali pemuda , mudahnya bekerja terburu-buru dan kurang berfikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lambat bertindak dan terlalu banyak berfikir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan orang muda, dan dunia akan membosankan kerana lambat geraknya kalau yang memimpin hanya orang-orang tua. Gabungan di antara semangat yang muda dengan rengungan fikir yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup (Prof Dr Hamka)
Dengan sombong manusia abad ke 20 seakan menuhankan ilmu dan menabikan sarjana. Seakan segala soalan dapat dipecahkan oleh sarjana, mentang-mentang sarjana telah mendapat perlbagai ragam ilmu pengetahuan. Sedangkan nyamuk dan lalat yang kecil sahaja tidaklah sanggup mereka menciptakannya dan selamanya mereka tidaklah akan sanggup menciptakannya. Memang banyak soal yang hendak dipecahkan dengan ilmu dan penyelidikan di dalam alam yang terbuka ini. Tetapi lebih banyak yang tidak sanggup ilmu pengetahuan menjangkaunya. Dinding untuk sampai ke dalam daerah itu ialah hidup sendiri. Buat mengetuk pintu hanyalah agama.!!!

Prof. Dr Hamka. Pandangan Hidup Muslim ms 120
Abu Al Fath Al Busti : “Wahai orang yang berkhidmat kepada badan, sampai bila engkau hendak mempersembahkan perkhidmatan kepadanya. Apakah engkau hendak memperolehi keuntungan daripada sesuatu yang mengandungi kerugian? Berkhidmatlah pula kepada jiwa, dan carilah berbagai keutamaan padanya, kerana engkau dianggap sebagai manusia itu dengan jiwa dan bukan dengan badan”.
Ibnu Sirin : “Seorang lelaki yang mati dalam keadaan bodoh itu lebih baik daripada mati dalam keadaan berkata tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang itu”.
Umar bin Abu Aziz : “Sesiapa yang melakukan sesuatu perkerjaan tanpa ilmu pengetahuan berkenaan dengan perkara itu, maka apa yang dia rosakkan adalah lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki”.
Ahli Hikmah berkata :

Manusia akan menghadapi 4 kali penarikan :
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik ruhnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang-orang yang dimusuhinya akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalannya.
Ali r.a : berkata ; Kalaulah tidak kerana 5 perkara semua manusia boleh menjadi orang-orang soleh :

1. Senang menerima kejahilan diri.
2. Tamak kepada dunia
3. Kedekut dengan kelebihan rezeki.
4. Suka menunjuk dengan beramal.
5. Merasa ta’jub dengan pendapat sendiri.

Sebab Ibrahim bin Adham menjadi hamba yang zuhud : Dia menjawab : Dengan sebab 3 perkara:

1. Aku lihat kuburan itu amat buas dan tiada bersamaku orang yang boleh menjinakkanya.
2. Aku lihat perjalanan sangat jauh sedangkan aku tidak mempunyai bekalan yang cukup.
3. Dan aku lihat Tuhan yang maha Gagah akan menjadi hakim yang akan memutuskan perkaraku, sedangkan aku tidak mempunyai bukti.
Thabit al Banafi :
‘Kita semua tidak pernah melihat adanya jenazah, melainkan kita mesti menundukkan kepala sambil menangis’
Imam al Ghazali (Mukasyafatul Qulub) : Ciri-ciri orang yang diterima taubatnya :

1. Hatinya selalu lapang dan gembira, ketika sendiri atau di hadapan umum.
2. Diri orang yang bersangkutan kelihatan suci daripada maksiat.
3. Dia sentiasa bergaul dengan orang-orang baik dan menjauhi orang fasiq
4. Hatinya sedikit sekali tertarik dengan soal-soal keduniaan, sebaliknya banyak mengerjakan amalan kebaikan untuk mengerjakan amalan kebaikan untuk bekalan hidup di akhirat.
5. Selalu memelihara lidahnya, sentiasa berfikir dan selalu menyesali perbuatan-perbuatan jahat yang pernah dilakukannya.
‘Jika perlu mengkritik, maka janganlah kerana dendam. Tetapi tujukanlah kepada pendapat-pendapat dengan penuh ketelitian, bukan kepada peribadi dengan tujuan merendah-rendahkannya’ Muhammad Al Bisyir Ibrahim- Pemimpin Algeria
4 perkara menguatkan penglihatan :

a. Duduk menghadap qiblat
b. Bercelak ketika tidur
c. Memandang kepada hijau
d. Membersihkan pakaian.
(Imam Al Ghazali)
Nasihat Khulafa’ ar Rasyidin :

1. Saidina Abu Bakar pernah berkata : Sesiapa masuk kubur dengan ketiadaan bekal, adaah seperti mereka yang hendak menyeberangi lautan dengan ketiadaan perahu.
2. Saidina Umar al Khattab : Kemuliaan dunia adalah dengan harta dan kemuliaan akhirat adalah dengan amal soleh.
3. Saidina Usman : Hai saudaraku! Adalah kamu berdukacita kerana dunia itu menjadi kegelapan di dalam hatimu, dan kamu berdukacita kerana akhirat itu menjadi cahaya di dalam hatimu.
4. Saidina Ali : Sesiapa yang menuntut ilmu seolah-olah menuntut syurga, dan sesiapa yang menuntut maksiat seolah-olah menuntut neraka.
Ada 4 perkara yang harus anda akui :

1. Tiada simpanan yang lebih berguna dari ilmu.
2. Tiada sesuatu yang lebih beruntung daripada adat.
3. Tiada kawan yang lebih beruntung daripada aqal.
4. Tiada benda ghaib yang lebih dekat daripada mati.
(Umar bin Abd. Aziz)
Saidina Umar bin Khatab :

1. Barangsiapa banyak tertawanya nescaya kurang disegani. Barangsiapa banyak guraunya nescaya dianggap ringan. Barangsiapa memperbanyakkan sesuatu , nescaya ia terkenal dengan sesuatu itu.
2. Barangsiapa banyak perkataanya, nescaya banyak jatuhnya. (jatuh dalam kesombongan). Barangsiapa kurang malunya nescaya kurang waraknya. Barangsiapa kurang wara’nya nescaya mati hatinya.

Di Mana Cantiknya Wanita?

Di manakah cantiknya wanita ?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan seyuman manis atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi mongel anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanyayang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita.
Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukran ke hadrat Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan kita keindahan itu.
Namun betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai, ditatap di hadapan cermin setiap waktu, tiba masanya segala akan pergi….
Wajah akan suram, mata akan kedam
Satu sahaja sifat kewanitaan yang tidak akan dimakan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk iman dan ibadah.
Demikianlah kecantikan yang sebenarnya….

Muslimah Mac 2001/ms 2
Nasihat Mansur bin Amr kepada seorang pemuda :

Wahai orang-orng muda, jangan tertipu oleh mudamu, betapa banyak anak-anak muda melambat-lambatkan taubat. Lalu apabila maut datang dia lupa bertaubat. Apabila di dalam kubur seluruh anak isteri dan keluarganya bahkan segala hartanya tidak berguna lagi.
Said Al Ash berkata :

Hai Anakku! Jangan engkau bersenda gurau dengan orang yang mulia, ia akan skit hati kepada engkau kerana tersinggung. Dan janganlah bergurau dengan orang yang rendah atau hina, kerana ia akan berani kepada engkau.

Fikir Sebelum Buat

Seorang sufi (Ibrahim bin Adham) didatangi oleh seorang pemuda yang ingin melakukan maksiat. “Wahai tuan guru, bolehkah saya melakukan dosa di dunia ini ?”
Jawab beliau : “Kamu boleh melakukan maksiat tetapi dengan syarat kamu melakukan 5 perkara ini dahulu iaitu :

1. Kamu boleh melakukan maksiat (dosa) tetapi jangan minum rezeki Allah, tak malukah kamu makan dan minum rezeki Allah tetapi suruhan Allah kamu tidak patuhi ?
2. Kamu boleh buat maksiat dengan syarat, carilah alam lain yang bukan milik Allah, tak malukah kamu berpijak di bumi Allah, menjunjung langit allah tetapi kamuberbuat maksiat di situ?
3. Kamu carilah sesuatu tempat di dunia ini yang Allah tidak nampak apa yang kamu buat, tak malukah kamu membuat maksiat sedangkan pada masa yang sama Allah melihat apa yang kamu perbuat.
4. Kalau Malaikat Maut datang, cubalah minta padanya agar ditangguhkan kematian kamu, kalau tidak boleh cuba kamu fikirkan tentang bilakah kamu akan mati ? tidakkah kamu takut Allah akan mencabut nyawa kamu ketika kamu membuat maksiat ?
5. Kamu boleh membuat maksiat tetapi dengan syarat pergilah kamu sendiri ke neraka atau ke syurga setelah kamu dibangkitkan nanti, masalahnya bolehkah kamu berbuat demikian kelak ?
Kata Hikmah Ali bin Abi Talib :

1. Apabila engkau mendengar ilmu, maka sebarkanlah ia! Dan janganlah engkau campurkan dengan senda gurau agar tidak mati dimuntahkan oleh hati.

2. Sesuatu bangsa itu masyhur kerana budi bahasanya, dan jika budinya hilang nescaya kemasyhuran bangsa itupun akan hilang juga.

3. Ketahuilah olehmu bahawasanya harta benda apabila disimpan di dalam peti walau berapa banyak pun tidaklah ia bertambah baik, tetapi kalau digunakan untuk memperbaiki nasib hamba rakyat maka harta tersebut akan berkembang biak.
Kata Hikmah Umar Al Khatab :

1. Yang paling saya takutkan atas umat ini ialah orang yang munafiq yang berilmu.
2. Apabila engkau lihat seorang yang berilmu menyintai dunia maka curigailah dia mengenai agamanya! Kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.
3. Takutilah akan kekenyangan, sebab kekenyangan akan memberati hidup dan berbau busuk ketika mati.

Kata Hikmah Para Sahabat

Kata Hikmah Abu Bakar As Siddiq :

1. Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di kalangan kamu. Apabila kamu lihat perbuatanku benar, maka ikutilah aku. Tetapi bila kamu lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah aku.
2. Tidak boleh seorang Muslim menghina Muslim yang lain. Yang kecil pada kaum Muslimin adalah besar di sisi Allah.
3. Aku ingin jadi rumpun sahaja supaya dimakan kuda. (kerana sangat ngerinya dengan siksaan Allah).
4. Semenjak aku masuk Islam, belum pernah aku kenyangkan perutku, demi dapat merasakan segarnya Ibadah dan belum pernah pula aku puas minum kerana sangat rindunya aku pada Illahi.
5. Kami diuji dengan kesusahan, maka kami sabar, tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kemewahan) , hampir-hampir kami tidak tahan.
6. Manusia paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.
Abu Nadirah berkata :

Sesiapa yang melakukan 4 perkara tetapi dia tidak bertambah baik, maka itu tandanya amalannya tidak diterima :
1. Sesiapa yang berjihad kemudian kembali dan tidak bertambah kebaikannya maka tanda jihadnya tidak diterima Allah.
2. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan tidak bertambah kebaikannya, maka tandanya amalannya itu tidak diterima Allah.
3. Orang yang pergi beribadah haji kemudian tidak bertambah kebaikannya. Maka itu tandanya amalannya tidak diterima.
4. Orang yang sakit lalu sesudah sembuh dan tidak bertambah baik amalannya. Maka itu tanda bahawa dosanya belum terhapus.

Pesan Imam al Ghazali

Pesan Imam Ghazali :

1. Barangsiapa menyimpan dendam di dalam hatinya terhadap seorang muslim, maka imannya masih lemah dan tumpul.
2. Teguran dan nasihat hendaklah disampaikan secara rahsia supaya tidak seorang pun mengetahui, kerana nasihat yang disampaikan di khalayak ramai bukanah suatu teguran tetapi suatu yang memalukan.
3. Apabila seseorang berkasih sayang pada jalan Allah, jangan ianya dicampur dengan dengki baik dalam perkara agama atau dunia.
4. Janganlah kita merasa iri hati jika melihat orang jahat mendapat kurnia yang banyak, sebab engkau tidak akan tahu kemana kesudahan apabila orang-orang itu apabila ia mati. Kerana di belakangnya tentu akan ada seorang mencari untuk menuntutnya.
5. Tanda hitamnya hati seseorang adalah tidak takut atau terkejut mengerjakan perbuatan dosa serta tidak merasakan manisnya mengerjakan taat.

Risau

Al Hakim berkata :

Sesiapa yang risau bukan kerana 3 perkara, maka ia tidak mengenal risau dan senang :
1. Risau tentang imannya, apakah ia dibawa terus hingga mati atau tidak.
2. Risau terhadap perintah-perintah Alla, apakah ia akan dapat melaksanakannya dengan baik atau tidak.
3. Risau memikirkan orang yang akan menuntut kepadanya kelak, apakah ia akan dapat selamat dari mereka atau tidak.

Ragam Manusia

Imam Al Ghazali : 4 ragam manusia :

1. Seorang mengetahui dan mengerti bahawa dirinya itu mengetahui, itulah dia seorang yang alim. Maka ikutilah mereka.
2. Seorang yang mengetahui tetapi tidak tahu bahawa dirinya itu tahu, itulah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia.
3. Orang yang tidak mengetahui dan mengetahui bahawa dirinya tidak tahu. Itulah dia orang yang meminta petunjuk. Maka berikanlah dia petunjuk.
4. Orang yang tidak mengetahui dan tidak mengerti bahwa dirinya tidak mengetahui. Itulah orang yang bodoh.

Hamka

Hamka :

1. ‘Jangan kita ketawakan orang yang jatuh, tetapi marilah bersyukur sebab kita tidak jatuh, memang sulit jalan yang kita tempuh lebih sulit dari apa yang kita anggapkan. Marah adalah kebiasaaan orang bersama, tetapi belas kasihan adalah kebiasaan orang yang utama.’
2. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
3. Wanita yang baik budi perketi adalah laksana matahari yang terbit pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Ilmu

Tujuan menuntut Ilmu

Anakku,
Malam-malam telah engkau lalui dengan belajar dan membaca buku-buku. Engkau tidak tidur selama itu. Saya tidak tahu, apa tujuanmu. Jika tujuanmu hanya untuk kesenangan duniawi, maka celakalah engkau. Jika tujuanmu untuk kehidupan syriat Nabi s.a.w. mendidik akhlak, dan mematahkan nafsu yang condong kepada kejahatan, maka sungguh bahagialah engkau. Benarlah kata sasterawan :
Berpayah-payah tanpa mengharap redhaMu adalah sia-sia,
Tangisan yang bukan kerana engkau adalah bathil.
(antologi Imam Al Ghazali)
Kekenyangan menyebabkan :

1. Keras hati
2. Merosak ketangkasan dan kecerdikan
3. Menghilangkan ingatan hafalan
4. Berat untuk melakukan ibadat
5. Malas belajar
6. Menimbulkan dan menguatkan syahwat

Lisan

Di dalam hikmah menyatakan :

Lisan itu ibarat harimau. Jika harimau itu dilepaskan maka tentu akan menerkam anda. Tetapi jika anda ikat , harimau itu akan menjaga anda.

Nasihat Luqman

Wasiat Luqman Al Hakim

1. “Hai puteraku, jangan sampai ayam jantan lebih cergas dari mu. Ia berkokok pada waktu dinihari, sementara engkau sedang tidur lena,”
2. Wahai anakku ! janganlah engkau syirik kepada Allah, kerana syirik itu dosa paling besar.
3. Wahai anakku! Jangan tangguhkan taubat, kerana mati itu datang mengejut.
4. Wahai anakku! Janganlah engkau menjadi benda manis nanti engkau ditelan orang, dan jangan sebagai benda pahit, nanti engkau akan dimuntah orang.
5. Wahai anakku! Sesiapa yan bersahabat dengan penjahat nescaya tidak selamat.
6. Wahai Annakku! Siapa yang tidak menguasai lidahnya nanti akan menyesal.
7. Wahai anakku! Marah itu gila dan akan menyesal.
8. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam. Layarkanlah lautan iu dengan sampan yang bernama taqwa dan layarnya adalah tawakal kepada Allah
9. Jauhilah dirimu daripada berhutang, kerana berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.
10. Jangan terlalu mudah ketawa jika bukan perkarta yang menggelikan hati. Jangan berjalan tanpa tujuan yang tidak pasti. Jangan menanyakan sesuatu yang tiada berguna pada diri anda. Jangan mensia-siakan harta dunia anda.
11. Aku pernah memikul batu-batu besar dan mengangkat besi-besi berat akan tetapi aku tidak pernah merasa yang lebih berat daripada tetangga yang buruk perangainya.
12. Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata “Aku sudah pintar” maka dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.

Diam Dan Kebodohan

Diam dan Kebodohan

Sebahagian ulamak mengatakan di dalam diam itu terdapat 7 ribu kebaikan, yang terhimpun dalam 7 kalimat :

1. Ia adalah ibadah tanpa susah payah.
2. Perhiasan tanpa intan permata.
3. Kewibawaan tanpa kekuasaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Tidak perlu meminta maaf kerana salah berbicara.
6. Memberi istirehat bagi Kiraman Katibin
7. Menutupi aib yang dapat timbul kerana banyak berbicara.

Sedangkan kebodohan itu mempunyai 6 ciri :

1. Marah tanpa alasan yang tetap.
2. Berbicara tanpa manfaat
3. Memberi tidak pada tempatnya.
4. Membukakan rahsia kepada siapa sahaja.
5. Percaya kepada setiap orang.
6. Tidak mengenal siapa kawan siapa lawan.
Hamka :

Cinta adalah iradah Tuhan. Dikirim ke dunia supaya tumbuh. Kalau terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Jika datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci , ia akan mewariskan kemuliaan, keihklasan dan taat kepada Illahi.

Kata Hikmah Cinta

Cinta

Ia yang ingin dilihat
Ia yang ingin dinampak
Ia yang ingin didengar
Ia yang ingin di taat
Ia yang dimaksud keredhaan
ia yang dituntut yang Maha Esa dan ia yang segala-galanya
Jika anda tidak dapat tenggelam dalam lautan cinta di atas (merasainya) memadailah anda mengetahui cinta pada Zat yang Esa yang maha mulia dan suci kerana itu adalah lebih baik bagi anda.

Kata Hikmah

Kata-kata hikmah

Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkan mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.

Ibnu Mas’ud : Orang yang beriman kepada Islam melihat dosanya laksana melihat gunung yang besar dan tinggi dan ia berada di bawahnya sedang ia diselubungi perasaan takut kalau-kalau gunung itu terjatuh ke atasnya.

Ulama’ Sufi :


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu bukan fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.