Wednesday, August 26, 2009

Muhasabah Untuk Dr Asri 1

Saya diajar untuk tidak bertaqlid buta dan taksub. Saya diajar untuk membuat penilaian dan menyelidik sesuatu perkara sebelum menghukum.

Dr Asri adalah ikon yang terkenal semenjak beliau berhujjah dengan Astora Jabat di Penang. Dan kemudian terkenal dengan gagasan tajdidnya. Malahan mengumpul seberapa ramai peminat beliau. Tambahan pula bahtera perubahan yang dibawanya menarik perhatian ramai. Kelantangan beliau dalam menyentuh beberapa isu politik tanahair amat menarik perhatian mana-mana parti sekalipun.

Namun begitu, saya juga diajar bahawa yang bernama Dr Asri ini juga tidak maksum. Sudah lama sebenarnya ada ilmuwan agama yang ingin membetulkan Dr Asri ini. Kelantangan Dr Asri yang diberi tempat di persada media masa tidak sama dengan ilmuwan agama yang ingin menegur beliau yang tidak diberi tempat di media massa. Beliau diberikan ruang di dalam OASIS ASTRO untuk membawa agenda pemikirannya, bagaimana pula ilmuwan agama lain yang ingin membetuli fikrahnya?

Mengapa manusia perlu ditegur ?

Kerana manusia itu sifatnya lemah, mudah tergesa-gesa dan serba kekurangan. Saya mengimani ayat ALlah yang bererti :

وخلق الإنسان ضعيفا
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah"

(Surah an Nisa : ayat 28
)


Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.
(surah al Isra': 11)

Dan ALlah juga menyuruh kita selalu untuk nasihat menasihati :

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)

Ada satu video klip yang menarik perhatian saya fatwa dari Dr Asri yang mempunyai PhD ini iaitu Dr Asri menyebutkan bahawa SELAWAT SYIFA' BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM. Buktinya :



Selawat Syifa' bercanggah dengan Aqidah Islam? Maka sesatlah ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. Kafirlah hukumnya kerana sudah bertentangan dengan AQIDAH ISLAM. Perkara yang disentuh oleh Dr Asri ini bukan lagi menyentuh mengenai perkara furuk (cabang) Tetapi menyentuh AQIDAH.

Tuduhan tanpa hak ini telah dijawab oleh Darussyifa' Online iaitu :

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
Sumber 2: http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip]http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip[/url]
Sumber 3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

Sedikit Ulasan:

Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;


Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”


Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut;
di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.


Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”


‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam

Sumber : Webmaster Darussyifa’

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :

Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:

"Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."


Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

Fataammal ya akhi.. wink

Rujuk : Forum DigitalMukmin Ustaz Azhar


Siapakah antara ulama dan tok guru yang mengamalkan SELAWAT SYIFA' ini ?

Selain dari sekian ramai guru pondok, ulamak-ulamak nusantara, Tok Guru Nik Abdul Aziz pun mengamalkannya : BUKTI



Lihatlah bagaimana Dr Asri telah membuat fatwanya iaitu menghukum selawat Syifa' ini bercanggah dengan aqidah. Ia sebenarnya telah membuat hukuman sesat dan mungkin juga kafir.

Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir?

Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "


Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.


(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

Lihatlah betapa besar implikasi orang yang menghukum kafir, musyrik tanpa hak ke atas umat Islam. Kepada mereka yang mengikut Dr Asri dan Dr Asri sendiri marilah kita islah diri. Selidikilah dan kajilah dahulu sebelum membuat apa-apa pernyataan. Kerana titik tolaknya di sini adalah PENGUASAAN BAHASA ARAB di dalam memahami Selawat Syifa' tersebut.

ALlah Sahaja Yang Maha Tahu

Sumber :

1. Http://jomfaham.blogspot.com
2. Http://www.Iluvislam.Com



Monday, August 3, 2009

Mengapa Ulama Ada Yang Tidak Berkahwin

Petikan dari thread IluvIslam : DI SINI

assalamualaikum

sepatutnya artikel yang diberikan difahami dan dihadam sampai habis mengapa ada para ulamak yang tidak berkahwin (membujang). Bukan kemudiannya terus membuat kesimpulan dengan kejahilan seolah-olah mereka adalah anti sunnah RasuluLlah.

Bila kita belajar balik di dalam perkahwinan ada hukum berkahwin itu menjadi wajib apabila sudah mampu untuk menanggung nafkah zahir dan batin dan tidak dapat menahan nafsunya dan takut dirinya jatuh kepada penzinaan.

Ia menjadi makruh apabila ia ingin berkahwin tetapi tidak berkemampuan dari nafkah zahir dan batin. (lebih elok padanya untuk berpuasa)

Ia menjadi haram - apabila berkahwin adalah untuk menyakiti wanita, menyeksanya dan memberikan pelbagai kemudharatan kepada mereka.

Ia menjadi sunat - apabila ia mampu untuk menanggung nafkah zahir dan batin dan ia ingin berkahwin.

Jadi kena fahamkan mengapa ada ulama yang membujang. (ingatla nama-nama dalam artikel di atas tuh ulamak besar dan bukan dengan 'kehebatan' kita untuk terus jatuhkan hukum dengan kejahilan.

Kita bersangka baik, ulamak adalah mereka yang bergelumang dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu, menulis kitab, menyampaikan ilmu kepada umat Islam dan pelbagai lagi jasa mereka yang amat besar yang kita sendiri tak terbuat sebagaimana mereka. Dan mereka khuatir sekiranya bila berkahwin maka ia memberi mudharat pula pada isteri, dan mungkin menganggu konsentrasi mereka dalam bidang ilmu.

ALlah sahaja Yang Maha Tahu.