Monday, March 23, 2009

Fikir Sebelum Buat

Seorang sufi (Ibrahim bin Adham) didatangi oleh seorang pemuda yang ingin melakukan maksiat. “Wahai tuan guru, bolehkah saya melakukan dosa di dunia ini ?”
Jawab beliau : “Kamu boleh melakukan maksiat tetapi dengan syarat kamu melakukan 5 perkara ini dahulu iaitu :

1. Kamu boleh melakukan maksiat (dosa) tetapi jangan minum rezeki Allah, tak malukah kamu makan dan minum rezeki Allah tetapi suruhan Allah kamu tidak patuhi ?
2. Kamu boleh buat maksiat dengan syarat, carilah alam lain yang bukan milik Allah, tak malukah kamu berpijak di bumi Allah, menjunjung langit allah tetapi kamuberbuat maksiat di situ?
3. Kamu carilah sesuatu tempat di dunia ini yang Allah tidak nampak apa yang kamu buat, tak malukah kamu membuat maksiat sedangkan pada masa yang sama Allah melihat apa yang kamu perbuat.
4. Kalau Malaikat Maut datang, cubalah minta padanya agar ditangguhkan kematian kamu, kalau tidak boleh cuba kamu fikirkan tentang bilakah kamu akan mati ? tidakkah kamu takut Allah akan mencabut nyawa kamu ketika kamu membuat maksiat ?
5. Kamu boleh membuat maksiat tetapi dengan syarat pergilah kamu sendiri ke neraka atau ke syurga setelah kamu dibangkitkan nanti, masalahnya bolehkah kamu berbuat demikian kelak ?

0 comments:

Post a Comment